Saturday, August 29, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE 52.

Salam,

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52. Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Tukang Mengarut:Merdeka!!!!...Merdeka!!!....Merdeka!!!

Friday, August 21, 2009

Insaf La................

Salam,

Insaf la, kita makin lama makin tua dan makin lama makin dimamah usia. Bukan kita boleh hidup untuk selama-lamanya, jangan la hanya dengan sedikit ilmu didada, cara pemakaian dan cara luaran yang ditonjolkan sudah kita mampu menghakimi orang. Berapa ramai untuk kita mohon kemaafan kelak hanya allah sahaja yang tempat kita berserah. Apa yang masalah Islam yang di bawa oleh UMNO, adakah Islam yang di bawa oleh UMNO melarang orang yang beragama Islam tidak mengerjakan sembahyang. Berapa ramai orang islam yang berada di dalam UMNO berkecil hati selepas kata-kata yang telah terucap, mampukah kamu yang bercakap demikian memohon maaf kepada semua orang islam didalam UMNO???....sudahlah kembali ke jalan islam sebenar, pintu taubat sentiasa terbuka.

"Berikut ialah transkrip rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’" - UTUSAN






Tukang Mengarut: Kiamat dah dekat......

Thursday, August 20, 2009

Selamat Berpuasa Daripada Blog Puteri UMNO Bahagian Pandan

Salam Ramadhan,

Blog Puteri UMNO Bahagian Pandan ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan yang mulia ini. Saya juga ingin memohon salam kemaafan kepada semua pembaca blog ini. Insyaallah, Puteri UMNO Bahagian Pandan akan kekal aktif dan bersemangat dalam menjalani ibadah puasa pada tahun ini.

Selamat Berpuasa!!!!

Artinya : Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, Setan- Setan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya (tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini). ( HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqy. Hadits Shahih Ligwahairihi).



Tukang Mengarut: Setan pun dah kena ikat....jangan plak ada yang jadi setan plak....teringat zaman bersama Dato' Mantan ketua...kita ada macam2 aktivity kan...kalo dulu belum posa pun dah plan macam2 untuk bulan posa......dan yang paling best aktivity buat kuih raya....sampai berapa kali la black out pejabat bahagian....hehehe

Monday, August 17, 2009

Kejohanan Bola Jaring Perdana 2009

Assalamualaikum...

Semalam 16 Ogos 2009 telah berlangsungnya Kejohanan Bola Jaring Perdana anjuran Puteri UMNO Selangor di Dewan Sukan MPK, Taman Sri Andalas, Klang, Selangor. Kejohanan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan oleh pasukan-pasukan bola jaring yang mewakili setiap bahagian di Selangor. Puteri Pandan juga tidak ketinggalan menghantar 2 pasukan iaitu " Puteri Pandan Sweetheart 1" & "Puteri Pandan Sweetheart 2"dalam kejohanan tersebut. Walaupun tidak berjaya ke perlawanan akhir kami tetap berasa bangga dengan semangat juang dan komited yang di tunjukkan oleh ahli-ahli pasukan demi memastikan Puteri Pandan tetap utuh. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua pemain-pemain " Puteri Pandan Sweetheart 1" & "Puteri Pandan Sweetheart 2" yang sanggup berkorban masa & tenaga bagi menjayakan kejohanan ini.













Tukang Mengarut: la..la..la..la

Tuesday, August 11, 2009

Jenayah Rogol & Ragut (Tips B2R daripada Puteri UMNO)

Langkah-langkah awal sebelum berlaku jenayah rogol :

* Jangan berjalan bersendirian di tempat sunyi/gelap sebaliknya berjalan secara
berpasangan/berkumpulan.
* Jangan mengikut orang yang tidak di kenali.
* Jangan berpakaian menjolok mata.
* Beritahu keluarga atau sesiapa yang rapat ke mana anda hendak pergi.
* Ibu-bapa sila pastikan anda tahu di mana anak anda berada setiap masa.
* Bawa wisel/penyembur pemedih mata/alat-alat yang boleh menyelamatkan diri setiap masa.

Langkah-langkah awal bila berlaku jenayah rogol :

* Jangan panik
* Tiupkan wisel keselamatan.
* Gunakan pemedih mata.
* Tendang alat sulit perogol.
* Lari menuju ke arah orang ramai.
* Segera ke Balai Polis terdekat.
* Segera ke Pusat Perubatan terdekat.
* Segera hubungi keluarga atau rakan terdekat.

Langkah-langkah awal sebelum berlaku jenayah ragut :

* Jangan membawa wang tunai dengan banyak.
* Jangan membiarkan dompet/beg tangan di dalam bakul/troli semasa membeli-belah.
* Jangan jalan bersendirian di tempat sunyi sebaliknya berjalan secara berkumpulan.
* Jangan memakai barang kemas dengan banyak.
* Sentiasa berhati-hati.
* Bawa wisel/penyembur pemedih mata/alat-alat yang boleh menyelamatkan diri setiap masa.

Langkah-langkah awal bila berlaku jenayah ragut :

* Jangan panik
* Tiupkan wisel keselamatan.
* Menjerit sekuat hati minta pertolongan.
* Ambil nombor kenderaan penjenayah ragut.
* Segera ke Balai Polis terdekat.
* Segera ke Hospital/Klinik terdekat bila tercedera.
* Hubungi keluarga atau rakan terdekat.

Tukang Mengarut: Harap-harap tips ni dapatlah kurangkan jenayah rogol & ragut yang berleluasa sekarang.


Monday, August 10, 2009

BUDAYA ANWAR

1. Apabila sahaja saya dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 1974, maka Anwar Ibrahim pun mula menghasut penuntut universiti untuk mengadakan tunjuk perasaan jalanan. Isunya apa saya sudah lupa.

2. Walaupun Anwar bukan pengasas demonstrasi jalanan tetapi sejak dia memasuki politik, taktik memperalat orang untuk menjayakan dirinya melalui demonstrasi jalanan kerap diguna olehnya. Dianya memuncak apabila disingkir daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Tiap minggu demonstrasi diadakan.

3. Budaya demonstrasi datang dari luar. Memang dalam keadaan terlalu tersepit dan tidak ada cara lain untuk memperjuangkan sesuatu, demonstrasi jalan terpaksa diadakan. Demikian semasa melawan Malayan Union, orang Melayu berdemonstrasi.

4. Tetapi apabila cara lain terbuka luas demonstrasi tidak sepatutnya menjadi pilihan.

5. Sebabnya ialah orang yang menjadi mangsa bukan Kerajaan sahaja. Yang jadi mangsa ialah peniaga, terutama peniaga kecil yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bagi mereka ini demonstrasi adalah mala petaka yang lebih buruk daripada hujan lebat. Barangan jualan terutama makanan sudah disiap dan tidak boleh disimpan. Kerugian sehari tidak dapat ditampung dengan keuntungan 10 hari atau lebih.

6. Peniaga lain juga akan tanggung kerugian. Tetapi kerugian yang terbesar ialah pembangunan negara untuk rakyat. Kita sedar bahawa pembangunan negara membawa banyak nikmat kepada seluruh rakyat. Banding sahaja pendapatan per kapita sebelum Malaysia dibangun dengan selepas kemajuan dicapai.

7. Apabila demonstrasi jalanan diadakan, pelabur samada tempatan atau asing akan curiga untuk melabur. Dengan itu peluang untuk kontraktor, pembekal barangan, khidmat pengangkutan, pekerja dan penjual makanan untuk pekerja - semua peluang ini akan hapus.

8. Polis terpaksa ambil tindakan. Gas pemedih mata dan belantan diguna. Kegunaan cara keras ini biasanya diumpan oleh pendemonstrasi. Imej polis dan negara jadi buruk. Ini sangat menggembirakan Anwar kerana inilah ceritanya kepada orang luar negeri. Malaysia katanya adalah tidak demokratik, zalim, tidak ada kebebasan bagi rakyat, dan lain-lain. Demonstrasi bukan untuk mengugut kerajaan sahaja tetapi untuk tunjuk kepada dunia betapa buruknya Negara sendiri. Secara tidak langsung tujuan demonstrasi ialah supaya dianya memerintah Negara ini. Na'uzubillah.

9. Ada negara-negara di mana demonstrasi kerap diadakan. Di rantau ini pun ada. Apakah negara-negara ini berjaya?

10. Demokrasi mengizinkan demonstrasi. Samada demokrasi menguntungkan pengamal bergantung kepada pengamal. Jika pengamal tidak faham cara mengguna demokrasi, kebaikan dan keuntungan tidak akan tercapai.

11. Ada orang di sebelah sana, di Barat yang amat gembira apabila kita tidak dapat bangunkan Malaysia. Nama mereka adalah seperti Wolfowitz, Cohen dan lain-lain yang menjadi sahabat karib DSAI. http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/08/budaya-anwar.html

Tukang Mengarut: Nie aku nak tulis panjang skit....kenapa la demonstrasi tempoh hari tak nak buat kat jalan bukit bintang ke atau jalan kat area bukit bintang tu......kenapa still nak buat kat area jalan TAR...bukan ke situ tempat org melayu nak berniaga ke??.....aku pun tak paham yg berdiri paling depan masa demonstrasi tempoh hari tu.. siap paut2 tangan lagi semua org2 melayu.....yg lain tu pi mana???.....yg bertempiaran lari tempoh hari bila kena sembur dengan air semua org2 melayu....lagi sekali yg lain tu pi mana??.....fikir-fikirkan lah dan selamat beramal..:)

Saturday, August 8, 2009

Kenyataan Akhbar Zulkifli Bin Nordin Keatas Si Pengecut Yang Mengutuk Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

KENYATAAN AKHBAR
ZULKIFLI BIN NOORDIN

Khamis 15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009

Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog http://sjsandteam.wordpress.com/ yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.

Disaat umat Islam menyambut hari mulia Nisfu Sya'ban, Ketua Pemuda DAP ini memilih untuk berkonfrontasi dan menyerang seorang tokoh pendakwah Islam. Dr. Mohd. Ridhuan Tee dalam tulisannya mempertikaikan langkah menghalalkan "anak luar nikah" yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya.

Saya tidak pasti apakah menjadi dasar DAP menghalalkan perhubungan luar nikah dan "menghalalkan" anak luar nikah. Kita memang bersimpati dengan nasib yang menimpa mendiang Teoh, malahan ahli PAS dan juga PKR yang beragama Islam antara kumpulan yang banyak terlibat dalam demo atau bantahan terhadap kematian mendiang Teoh. Saya sendiri antara Ahli Parlimen beragama Islam yang paling awal yang mendesak supaya siasatan segera dibuat atas kematian mendiang Teoh. Malahan Naib Presiden PAS YB Dato' Seri Nizar sehingga sanggup bersama menyalakan lilin dalam "candlelite vigil" memperingati mendiang Teoh.

Tetapi isu menghalalkan anak luar nikah adalah satu isu lain. Ramai dikalangan masyarakat Cina yang ditemui menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan itu, kerana seolah-olah memberi gambaran masyarakat Cina yang ramainya penganut agama Buddha dan Kristian meredhai perbuatan mengadakan seks dan mengandung sebelum berkahwin.

Pemuda DAP sepatutnya tidak bertindak menurut emosi dan kelabu dengan isu dihadapan kita. Dalam isu kematian mendiang Teoh, kita semua bersetuju satu siasatan telus dan adil perlu dibuat untuk mencari sebab-musabab kematiannya. Malahan satu inkues perundangan sudah pun dimulakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, dengan Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan sebaik sahaja inkues tersebut selesai dijalankan. Tetapi dalam isu beliau menjalin hubungan seks sebelum berkahwin dan mengandungkan tunangnya, itu satu isu yang lain.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhak untuk menyatakan pendapatnya. Beliau adalah seorang berbangsa Cina, sudah tentu beliau juga tahu adat resam dan budaya masyarakat Cina.

Apakah Pemuda DAP tidak boleh menerima perbezaan pendapat? Apakah kita semua mesti sentiasa menari gendang yang dipalu oleh DAP? Sesiapa yang tidak bersetuju dengan DAP menjadi musuh yang mesti dikutuk dan diserang?

Apa yang kesal laman tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadap terhadap Dr. Mohd. Ridhuan. Apa yang lebih biadap dan kurang ajar ialah mereka juga menyerang agama Islam, bangsa Melayu dan mereka yang convert atau memeluk agama Islam. (Untuk membaca lebih terperinci sila layari laman web tersebut). Berikut adalah contoh bahasa yang diguna saperti:

"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);

"What sort of fucking Dr. r u"
(Dr pu... apa awak ni);

"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);

"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"
(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);

"They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born".
(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);

"U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive".
(Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik);

"As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history".
(Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, "saya tidak tahu siapa pu... datuk saya. Beliau adalah pu... yang telah memalukan keluarga". Mereka akan menjadi saperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka).

"If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters".
(Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada......?Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak).

Adalah jelas laman web yang menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY ini bertindak melampau, kurang ajar, biadap dan keterlaluan. Penyiaran yang dibuat:

1. menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dengan menggunakan bahasa lucah, kesat, biadap dan melampau;

2. menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;

3. menghina ibu bapa, keluarga dan anak-anak Dr. Mohd. Ridhuan Tee dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;

4. menghina agama Islam dan mereka yang memilihIslam seolah-olah keturunan semua mereka yang memeluk Islam saperti anak haram yang tidak mengenal salasilah dan keturunan keluarganya;

5. menghina kaum Cina yang memilih memeluk Islam sebagai pencuri, penjenayah, perompak dan penyangak.

Saya mengutuk dengan kutukan yang paling keras dan dengan bahasa yang paling tegas terhadap laman web tersebut. Apakah mereka berasa saperti cengkadak naik ke junjong; sudah tidak mengerti adab susila dan kesopanan ketimuran? Apakah mereka merasakan mereka golongan yang hebat dan "untouchables", sehingga orang lain tidak boleh berbeza pendapat dengan mereka.

Tindakan laman web tersebut sudah pasti akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan akan mencetuskan ketegangan agama.

Saya dengan ini mendesak:

1. Ketua Pemuda DAPSY YB Loke Siew Foke dan Pemuda DAP meminta maaf kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee khususnya dan umat Islam umumnya;

2. pengendali laman web www.sjsandteam.wordpress hendaklah meminta maaf secara terbuka kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah khususnya dan umat Islam umumnya;

3. penulisan dan komen bertajuk"Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock's family" hendaklah ditarik balik;

4. Pihak polis hendaklah menyiasat segera kenyataan tersebut serta pengendali web berkenaan menurut peruntukkan undang-undang sedia ada saperti Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan;

5. Jika didapati ada kes, pihak Peguam Negara hendaklah dengan segera mengenakan pendakwaan jenayah terhadap mereka yang berkaitan;

6. Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa yang berkaitan hendaklah membatalkan laman web tersebut;

Sekian wassalam.

ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis
15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009

Tukang Mengarut: Weii si bangsat yang pengecut...apasal lu delete you punya blog....sudah takut ka....

Friday, August 7, 2009

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pandan 2009

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pandan 2009 telah diadakan pada 5 Ogos 2009 (Rabu), jam 9 malam dan bertempat di Kelab Darul Ehsan (KDE) Ampang. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' (Dr) Noh bin Hj. Omar yang merupakan Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Selangor. Pada mesyuarat itu, puteri telah membentangkan usul agama. Terima kasih kepada semua perwakilan UMNO bhgn Pandan yang tidak jemu2 menunaikan tanggungjawab sebagai ahli UMNO Bahagian Pandan.









Tukang Mengarut: Tahniah Dato' Mantan dengan ucapan dan amanat akan sentiasa dihati walaupun ada yang meroyan lepas tu...hehehe

Thursday, August 6, 2009

Program B2R

Tahniah kepada Puteri UMNO Malaysia kerana berjaya melancarkan Program B2R di Dataran Merdeka baru-baru ini. Program ini adalah merupakan inisiatif yang baik bagi membendung gejala ragut & rogol yang semakin berleluasa sekarang ini. Di harap program berupa ini akan di teruskan dan idea-idea yang baru dapat diberi & dilaksanakan bagi mengurangkan gejala ragut & rogol. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada semua ahli Puteri dan orang ramai yang sudi turun padang untuk menjayakan sekaligus memberi sokongan terhadap program ini. Tahniah juga diucapkan kepada Puteri UMNO bhgn Pandan yang sudi turun padang untuk memberi sokongan terhadap program ini & terlibat sama dalam aktiviti jualan pada hari itu.










Tukang Mengarut: Nasib baik tak da karaoke kalo tak mau meletup gerai puteri pandan...hehehehe

7 wasiat raja Melayu

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

  • Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
  • Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
  • Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak). - Utusan.
Tukang Mengarut: Pengkhianat bangsa melayu daripada golongan bangsa melayu.......fikir-fikirkan kata-kata TPM kita.