Monday, December 29, 2008

Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1430

Salam,

Sempena menyambut ma'al hijrah mari kita berdoa bersama-sama:

Ya ALLAH, Ya Rahman, Ya Rahim. Sempena Ma'al Hijrah yang barkah ini, muliakan dan sayangi saudara ku yang sedang membaca blog ini. Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkatilah rezekinya,, kuatkan imannya. Berikan kenikmatan ibadah, jauhkan daripada fitnah. Suburkan benih keislaman pada zuriat dan keturunannya dan masukan dia dalam syurgamu tanpa isab. Amin ya rabal alamin.

Tukang Mengarut: Ya Allah jauhkan lah mereka ini daripada fitnah dan lindungilah mereka ini daripada orang-orang selalu hasad dengki, khianat, suka menfithnah, busuk hati dan tikam belakang.

Sunday, December 28, 2008

Program "Back To School"

Salam,

Hai Puteri Semua,

Kali ini Puteri UMNO Bahagian Pandan akan menganjurkan satu lagi aktiviti yang dinamakan:

BACK TO SCHOOL

aktiviti ini memberi kita kesempatan untuk membeli barang-barang keperluan sekolah kepada kanak-kanak miskin sekitar pandan. Puteri Pandan akan tetap meneruskan kerja-kerja amal ini bagi membantu dan meringgan sedikit beban yang ditanggung oleh ibu-bapa mereka ini.

Aktiviti: Back To School
Tempat: Tesco Ampang
Tarikh: 1 January 2009
Masa: 8.00 Pagi

Insyaallah walaupun banyak suara-suara sumbang kedengaran saf kepimpinan puteri umno bahagian pandan akan berdiri teguh dan membuktikan kami ini "mampu". Ayuh puteri-puteri umno bahagian pandan!!!!

Tukang Mengarut: Puteri Pandan tidak akan berkubur dibawah kepimpinan ketua puteri pandan sekarang zahida zarik khan....korang simpan sahaja la kubur tersebut......back to d topic programe Back To School teringat aku zaman-zaman sekolah dolu-dolu.


Malam Semarak Kasih Anjuran Puteri UMNO Bahagian Klang

Salam,

Semalam 28 Dis 2008 bertempat di Hotel Crystal Crown Klang, Puteri Umno Bahagian Klang telah menganjurkan "Malam Semarak Kasih". Majlis amal makan malam bersama anak yatim telah dirasmikan oleh Ketua Bahagian Klang dan berlangsung dengan meriah. Pelbagai program telah diaturkan pada malam tersebut antaranya ucapan daripada ketua bahagian dan ketua puteri bahagian klang, makan malam, lucky draw, tarian, nyanyian, sumbangan kepada anak-anak yatim dan banyak lagi.

Puteri Umno Bahagian Pandan telah dijemput untuk mengambil bahagian bagi memeriahkan majlis tersebut.

Tukang Mengarut: Perhubungan yang mesra di antara puteri-puteri klang dan juga puteri-puteri pandan akan berterusan......


Friday, December 26, 2008

Program "Back To School"

Hai Puteri Semua,

Aktiviti seterusnya, insyaallah for next aktiviti will be:

BACK TO SCHOOL

Dalam kesibukan menjelang pemilihan exco puteri pada march 2009 kita akan pasti pergerakan puteri umno bahagian pandan tidak akan terabai, dengan izin dariNya satu lagi aktiviti akan menyusul kelak.

Tempat, masa dan tarikh akan di beritahu kelak. This is first cut info to you all my dear.


Tukang Mengarut: Sapa kata puteri umno pandan akan terkubur...kami semua pantang dicabar...dari zaman mantan ketua kepada ketua baru tidak akan terjejas....puteri umno pandan tiada kepentingan so insyallah kita akan teruskan perjuangan.

Thursday, December 25, 2008

Selamat Hari Krismas dari Puteri UMNO Bahagian Pandan


SELAMAT HARI KRISMAS
DARI
PUTERI UMNO BAHAGIAN PANDAN
KEPADA
MEREKA-MEREKA YANG BERAGAMA KRISTIAN

Tukang Mengarut: New year dah nak dekat korang punye azam 2008 dah terlaksane ke??.....

Wednesday, December 24, 2008

TEMAN TAPI MESRA

Salam puteri-puteri UMNO bahagian pandan yang tersayang,

Alhamdullilah syukur kita kehadrat ilahi kerana still lagi melimpahkan rahmat bagi kita semua. Terlebih dahulu saya ingin memohon jutaan kemaafan kepada puteri-puteri umno bahagian pandan yang tersayang semua kerana sudah lama tidak mengupdate blog ini. Banyak info yang tidak dapat disampaikan disebabkan beberapa masaalah dan juga kebatasan masa.

Pada 30hb November 2008 lalu, kita telah berjaya menjalankan aktiviti kita iaitu:

TEMAN TAPI MESRA

objektif utama untuk merapatkan lagi tali silratulrahim dan juga merapatkan hubungan diantara semua ajk-ajak puteri umno bahagian pandan supaya kita akan menjadi satu pasukan yang terbaik dan teraktif seperti tahun-tahun yang lalu semasa diketuai oleh mantan ketua Dato Mad Aris Bin Mad Yusof akan tetap diteruskan.

Aktiviti tempoh hari lebih kepada aktiviti berkumpulan, kreativiti dan juga thinking games. Semua berjalan dengan lancar tanpa halangan....alhamdullilah.

Insyaallah dengan izinnya aktiviti-aktiviti lain akan menyusul.

Disini ada beberapa gambar kenang-kenangan semua aktiviti TEMAN TAPI MESRA berjalan.

Tukang Mengarut: Cayo...cayo puteri umno bahagian pandan is d best.....

Ucapan daripada Ketua Puteri UMNO Bahagian Pandan, Puan Zahida Zarikh Khan bagi merasmikan dan menerangan untuk puteri-puteri tersayang objektif aktivit ini diadakan


















Wednesday, November 26, 2008

Hai..Hai..Hai..Perhatian!!!..Perhatian!!

Puteri UMNO bahagian Pandan akan mengadakan aktiviti yang dinamakan

TEMAN TAPI MESRA

yang akan diadakan di Taman Tasik Permaisuri pada jam 2.00 ptg 30hb November 2008. Semua ajk-ajk puteri Pandan yang tersayang di jemput hadir bagi memeriahkan lagi aktiviti ini. Pelbagai aktiviti akan diadakan dan paling dinantikan persembahan daripada beberapa kumpulan ajk-ajk puteri UMNO Pandan.

Mereka-mereka yang sedang giat berlatih di ucapkan jgn sampai terkehel pingang dan tercabut lutut, almaklumlah ada yang dah beranak pinak....hehehe

Cayo...Cayo Puteri UMNO Bahagian Pandan.

OK Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........

Tukang Mengarut: Adussss bisa ku lihat inul menggelek lagi bukkk.....yeehaaaa....


Monday, November 24, 2008

Blog dan Objective

Salam,

Blog ini di buka untuk semua puteri-puteri yang tersayang berinteraksi, memberi pandangan, memberi idea-idea yang bernas, chatting dan juga menyatakan tujuan hala tuju untuk Puteri UMNO Bahagian Pandan. Di samping itu blog ini akan digunakan sebagai satu medium penerangan kepada semua hal-hal yang berkaitan Puteri UMNO Bahagian Pandan. Insyallah akan di updated secepat yang boleh untuk puteri-puteri yang tersayang mendapat info dan aktiviti yang terbaru.

Sekian daripada saya.

Monday, November 17, 2008

Senarai Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Pandan 2008 - 2011


Pengerusi Tetap :
Nur Arbaah Bt Abdul Rahman
Timbalan Pengerusi Tetap : Norazlin Bt Mohamad

Ketua Puteri : Zahida Bt Zarikh Khan
Naib Ketua : Nurzarina Bt Mad Sarif

Penolong Setiausaha: Yusliana Yunus Khan

Ketua Penerangan: Noor Arzura Bt Dato' Hj Mad Aris
Penolong Bendahari: Siti Hanizan Bt Ramli

Setiausaha Kerja Puteri: Jamilah Bt Abdul Wahab

Ahli Jawatankuasa

Salmiah Bt Shafiai
Nazima Bt Zarikh Khan
Azah Bt Abdul Wahab
Marini Bt Kamri
Noorazura Bt Zainal
Normanesa Kamalia Bt Ahmad Nazri
Nooraslin Bt Husin
Suriati Bt Zahari
Maya Fitri Bt Baba
Sariah Bt Ramli
Norizan Bt Yahya
Norhayati Bt Saad
Cik Nor Diyana Bt Hj Kamin
Wan Rohashimah Bt Hj. Kamin
Marinah Bt Omar
Siti Suhaiza Bt Mohd Salam
Haslinda Bt Abdullah
Khairulnisa Bt Kamaruddin
Nur Farah Ain Bt Abdul Nasir
Norfadzlina Bakharuddin
Fadzila Hanum Bt Abdullah
Nazhatul Nazliah Bt Mohd Nasir

Tukang Mengarut: Ini lah barisan kita yang sedia berjuang................lalalala

Thursday, November 13, 2008

Selamat Datang

Assalamualaikum,

Salam perkenalan daripada saya dan selamat datang kepada semua pengunjung blog Puteri UMNO Bahagian Pandan. Saya berharap dengan adanya blog ini dapat la kita, warga puteri UMNO umumnya dan puteri UMNO Pandan khasnya untuk berinteraksi dan memberi pandangan atas apa-apa issue yang berbangkit di UMNO bahagian Pandan. Di samping itu blog ini akan dimeriahkan oleh aktiviti-aktiviti yang kita sedia tahu yang mana puteri UMNO bahagian Pandan memang aktif dalam kerja-kerja sosial dan kemasyarakatan.

Sekian daripada saya.

Pengendali blog Puteri UMNO Bahagian Pandan.

Tukang Mengarut: Alhamdullilah kita masih lagi kuat dan mampu menyahut cabaran. Steady Puteri......