Saturday, September 12, 2009

Prog. Meraikan Hari Raya Aidilfitri Bersama Anak-Anak Yatim Oleh Puteri UMNO Bahagian Pandan

Salam,

Di bulan yang mulai ini, pergerakan puteri umno bahagian pandan sekali lagi sepertimana tahun-tahun yang lepas tidak lupa kepada anak-anak yatim di sekitar pandan. Tahun ini bertarikh 12 Sept 2009 bertempat di Parkson KLCC pergerakan puteri umno telah membuat shopping raya kepada anak-anak ini. Di sini puteri umno bahagian pandan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak parkson KLCC kerana bebesar hati dalam menjayakan programe ini. Komitment yang di tunjukan oleh pihak parkson KLCC bergitu akrab dan mesra amat kami rasai. Tak lupa juga kepada ketua-ketua cawangan, mantan ketua bahagian Dato' Mad Aris, sahabat2 handai dan seluruh pergerakan puteri UMNO bahagian pandan dengan ucapan terima kasih serta tahniah atas kejayan programe ini.































Tukang Mengarut: Berat sama di pikul, ringan sama di jinjing.....tumpuan kita atas keikhlasan bukannya wang semata-mata....fikir-fikirkan la...

Friday, September 11, 2009

Keratan Akhbar: Bubur Lambuk Tulang Hidangan Di Pandan

Sentral: Bubur lambuk tulang hidangan di Pandan

Oleh Siti Haliza Yusop
shyusop@bharian.com.my


ZAHAIDA ZARIK (lima dari kanan) bersama ahli Puteri Umno memasak bubur lambuk yang akan diagihkan kepada orang ramai di Bazar Ramadan Kampung Cheras Baru.

Juadah jadi tarikan kawasan sekitar sejak lima tahun lalu

KUALA LUMPUR: Bubur lambuk dan Ramadan sememangnya padanan tidak dapat dipisahkan. Masuk saja hari pertama berpuasa, pelbagai pihak akan tampil menyediakan juadah kegemaran umat Islam untuk berbuka puasa.

Umumnya, pada waktu inilah kita dapat melihat betapa semangat gotong-royong itu benar dipraktikkan. Selain golongan wanita, turut kelihatan tidak terlepas mahu memberi bantuan adalah golongan lelaki dan kanak-kanak.

Bagaimanapun, seiring peredaran waktu, juadah bubur lambuk yang disajikan sejak sekian lama, turut melalui pelbagai perubahan tanpa mengurangkan sedikitpun keenakan rasanya. Meskipun sudah berlaku banyak perubahan dan kepelbagaian dalam cara penyediaannya, bubur lambuk tetap akan mengundang selera penggemarnya.

Bagi Puteri Umno bahagian Pandan bukan setakat resipi itu saja yang mempunyai kelainan, malah bubur lambuk tulang dan daging disediakan itu memberi perkhidmatan buat masyarakat, selain mengambil keberkatan kehadiran bulan mulia ini untuk merapatkan silaturahim antara satu sama lain.

Ketua Puteri Umno bahagian Pandan, Zahida Zarik Khan, berkata 40 anggota Puteri Umno bahagian itu bertungkus lumus sejak jam 8 pagi lagi bagi menyediakan bahan mentah untuk aktiviti ‘Jom Makan Bubur Lambuk’ itu, yang diadakan setiap kali hadirnya Ramadan, bermula lima tahun lalu.

“Kami bergilir-gilir memasak sejak awal pagi lagi dan hasilnya, selepas lapan jam bertungkus lumus, lebih 1,000 bekas bubur lambuk dapat disiapkan dengan kerjasama mereka yang terbabit.

“Sebenarnya, resipi bubur lambuk tulang dan daging ini sememangnya dinantikan penduduk sekitar kerana rasanya yang enak dan berlainan dari bubur lambuk biasa yang boleh didapati sepanjang Ramadan.

“Seperti biasa, selain mengagihkannya kepada orang ramai yang mengunjungi Pasar Ramadan Jalan Besar, Bukit C, Kampung Cheras Baru, sebahagian dari bungkusan bubur lambuk ini akan turut diserahkan kepada masjid terdekat, balai polis, balai bomba dan sebuah rumah kebajikan kanak-kanak.” katanya.

Tukang Mengarut: Happy tgk gambar nie.........



Tuesday, September 8, 2009

" JOM MAKAN BUBUR LAMBUK "

Salam,

Tanggal 6 Sept straight activity for puteri UMNO bahagian pandan yang mana aktivity wajib setiap kali bulan puasa iaitu memasak bubur lambuk " JOM MAKAN BUBUR LAMBUT ". Bertempat di rumah AJK puteri pandan Puan Nooraslin bt Husin aktiviti ini telah berlangsung, bermula dengan aktiviti pagi bagi memasak bubur lambuk dan di teruskan dengan aktiviti memasak utnk jamuan berbuka posa di malam nya. Pada belah petang bertempat kawasan Kelab Sukan & Explorasi Cheras Baru agihan bubur lambuk telah diadakan. Terima kasih di ucapan kepada keluarga Puan Nooraslin bt Husin kerana memberi kebenaran untuk majlis yang meriah ini, kedatangan beberapa ketua-ketua cawangan, kehadiran mantan ketua Dato' Mad Aris dan pemangku Ketua Bahagian Pandan, ahli-ahli Kelab Sukan & Explorasi Cheras dan terakhir sekali puteri-puteri yang telah berpeluh-peluh menjayakan aktiviti ini.




























Tukang Mengarut: Teringat dolu-dolu....kita buat bubur lambok than kendian kita buat kuih raya....skang....huhuhuhu