Saturday, August 21, 2010

"Jom Sahur Bersama Puteri Pandan"

Salam,

Alhamdullilah, syukur kita kpd ALLAH S.W.T kerana program yang julung2 kalinya dibuat iaitu "Jom Sahur Bersama Puteri Pandan" telah berjaya dengan bangganya. Program ini telah bermula pada sebelah pagi dengan beberapa AJK pergi "shopping" barang-barang yang diperlukan untuk memasak, then pada pukul 10.00mlm semua AJK berkumpul di Dewan Pandan Hilir......semangat gotong-royong dan team work sangatlah saya bangga. Insyaallah dengan kejayaan program ini, Jom Sahur Bersama Puteri Pandan akan di buat secara tahunan seiring dengan program bulan ramadan yang lain iaitu "Jom Masak Bubur Lambuk" & "Sumbangan kepada fakir miskin, ibu tunggal & orang kurang upaya(OKU). Program2 yang dijalankan ini telah lama dilakukan iaitu semenjak awal kemunculan Puteri UMNO Bahagian Pandan pada tahun 2002 (Di bawah pimpinan Mantan Ketua Bahagian). So tiadalah istilah siapa tiru siapa(untuk makluman). Pada program "Jom Sahur " ini Puteri UMNO Bahagian Pandan telah memasak dan menyediakan menu2 yang menarik iaitu Asam Pedas Ikan Tenggiri, Ayam Masak Kicap, Sayur Campur, Sambal Belacan, Telur Masin, Ikan Masin & Ulam Kacang botol.Terima kasih kepada cawangan Pandan Hilir kerana sudi membantu kami dalam menyediakan persiapan untuk mengadakan program ini.Terima kasih juga kepada semua yang hadir bersahur bersama-sama dan sekaligus memeriahkan program kami. Sekali lagi tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung & tidak langsung. Semoga program seperti ini menjadi semangat kepada kita untuk terus berjuang dan berjuang walaupun pelbagai halangan yang datang... Insyallah

Hip...hip...huray....penat yang berbaloi....insyallah pahala yang kita terima.....





















0 comments: