Wednesday, January 7, 2009

Pemberitahuan Dan Penjelasan

Salam,

Ada beberapa suara-suara sumbang yang menyatakan hal berkenaan program kita "Back To School". Niat kami dan objektif kami hanya satu untuk membantu meringgankan beban anak-anak yang tersayang ini.

Di sini saya ingin membuat penjelasan bahawa salah satu khabar yang menyiarkan gambar aktiviti puteri pada tempoh hari ada membuat sedikit kesilapan fakta dimana mungkin terdapat typo error disitu. Penjelasan mengenai puteri umno bahagian pandan memperuntukan RM60,000 adalah tidak berapa tepat tetapi puteri umno bahagian pandan hanya memperuntukan anggaran RM6,000 untuk 60 orang kanak-kanak yang mana anggaran seorang adalah dalam RM100 ++ bagi membeli keperluan sekolah seperti baju, kasut, beg, stokin dan alat tulis. Duit itu adalah duit daripada usaha puteri umno bahagian pandan sendiri termasuk daripada ketua puteri umno bahagian pandan sendiri.

Di harap penjelasan saya ini selaku mengendali blog puteri umno bahagian pandan terhadap suara-suara sumbang ini memahaminya.

Puteri umno bahagian pandan akan tetap dengan usaha kami untuk membantu meringgankan beban sepertimana yang telah dilakukan oleh kami pada tiap-tiap tahun kebelakangan ini. Kami tidak akan undur atas isu-isu berbangkit. Niat kami ikhlas untuk membantu. Sekiranya kami mendapat duit sebanyak itu, insyaallah puteri umno bahagian pandan akan membuat banyak lagi aktiviti yang dapat membantu mereka-mereka yang dalam kesusahan.

Sekian.

Tukang Mengarut: Sudah ada penjelasan...insyallah akan datang akan ada aktviti lagi..cebisan daripada ikrar puteri "Kamilah Puteri Pejuang, Besatu berpadu menempuh halangan, Puteri prihatin harapan bangsa, Berjuang mempertahan pertiwi merdeka, Kamilah Puteri Tiang Negara"

0 comments: