Saturday, January 3, 2009

Program "Back To School"

55 terima baju sekolah baru




KENANGAN...anak fakir miskin Bahagian Pandan yang
menerima bantuan, semalam.

KUALA LUMPUR: “Saya tak sabar nak pakai baju dan kasut baru ke sekolah. Bantuan ini buat saya lebih bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh,” kata Nur Atiqah Mt Mak Arshad, 8, yang tersenarai antara 55 penerima bantuan kelengkapan persekolahan bagi murid miskin daripada Pergerakan Puteri Umno Bahagian Pandan, semalam.

Seramai 50 ahli Puteri Umno yang bertindak sebagai kakak angkat ditugaskan membantu kanak-kanak itu membuat pilihan di samping memastikan pakaian yang dibeli benar-benar bersesuaian di Pasar raya Tesco, semalam.

Menurut anak sulung daripada dua beradik itu, setiap tahun ibunya membuat persiapan ala kadar untuk dia dan adiknya, Nur Ashikin, 7, dan kadangkala mereka menerima bantuan daripada saudara.

“Kami tak kisah memakai baju lama kerana ia masih elok, tapi ibu selalu cakap nak belikan baju sekolah baru untuk saya dan adik. - Harian Metro

Tukang Mengarut: Caya la puteri umno bahagian pandan, bagus la kurang-kurangnya cover la sikit orang lain tak buat kerja.

0 comments: