Saturday, November 14, 2009

Perasmian Penutup Jogathon SK Taman Muda 2009

Salam,

Maaf semua yea...lama tak upload activity...untuk makluman semua AJK puteri pandan bersama-sama ketua puteri Pn. Zahida sedang ber...........tungggguuuuuuuuuuuu...hehehe

Today saya nak cerita satu aktvity bagi Perasmian Penutup Jogathon SK Taman Muda 2009 yg di rasmikan oleh ACP Abdul Jalil (Ketua Polis Daerah Ampang). Majlis ini turut menjemput ketua puteri kita Pn Zahida selaku penyumbang bersama....disbbkan Pn zahida bersama-sama dgn ajk puteri pandan sedang ber.........,hehehe telah diarahkan Ketua Penerangan Puteri UMNO Bahagian Pandan Puan Noor Arzura Dato' Hj Mad Aris mengantikan beliau. Bersama-sama Puan Azura, Setiausaha Puteri Bahagian Yusliana Yunus Khan dan Timbalan Pegerusi tetap Puan Norazlina Bt Mohamad.

Turut sama Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pandan dan beberapa AJK Bahagian.

Sila la tgk2 gambar yang ada pada majlis ini....k daaa









Tukang Mengarut: Kalau dah digantung camne pulak boleh jadi ketua...biar la pemangku buat kerja...sudah hebat sgt ke boleh menidakkan arahan jawatnkuasa dispilin and PM kita....fikir-fikirkan lah...

Wednesday, October 21, 2009

Gotong Royong Jamuan Raya Puteri Pandan 2009

Assalamualaikum...

Bertemu kembali... Alhamdulillah bulan Syawal telah pun berlalu...Di kesempatan ini, saya bg pihak Ketua Puteri & warga Puteri Pandan mengucapkan jutaan terima kasih kepada tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Puteri Pandan yang telah di adakan pada 18hb yang lalu.. Tidak lupa juga terima kasih kepada Puteri Pandan yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ini.. Tahun ini merupakan tahun yang paling meriah kerana semua hidangan yang ada pada malam itu di masak secara gotong royong oleh Puteri Pandan.. Bukan saja makanan tapi segala persiapan di buat
100% oleh Puteri Pandan.. Terima kasih tak terhingga juga kepada kawan-kawan yang membantu di dapur terutamanya tukang buat air n basuh pinggan... he..he..he...Menu yang disediakan pada malam itu ialah
nasi impit, lemang, rendang ayam, daging masak kicap, mihun sup, pulut, kuah durian, bubur durian, buah-buahan dan kuih muih..Makanan sampingan lain ialah capatti, sate & kambing bakar....Nyam...nyam...nyam sedapnya.
Lihatlah gambar2 kami di bawah :

























Tuesday, October 13, 2009

JEMPUTAN KE JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PUTERI UMNO BAHAGIAN PANDAN

Assalamualaikum....

Kami Puteri UMNO Bahagian Pandan dengan berbesar hatinya menjemput tuan/puan/cik dan puteri-puteri untuk ke Majlis Jamuan Hari Raya Puteri UMNO Bahagian Pandan pada :-

Tarikh : 18 Oktober 2009 (Ahad)
Masa : 8.30 Malam
Tempat : No. 17, Jalan Pandan Ria 6,
Taman Pandan Ria,
68000 Ampang,
Selangor.

Semoga kehadiran tuan/puan/cik dan puteri-puteri dapat menyerikan lagi majlis kami dan merapatkan hubungan silaturahim antara kita.

Terima kasih atas kesudian tuan/puan/cik dan puteri-puteri menghadiri majlis kami.

Saturday, September 12, 2009

Prog. Meraikan Hari Raya Aidilfitri Bersama Anak-Anak Yatim Oleh Puteri UMNO Bahagian Pandan

Salam,

Di bulan yang mulai ini, pergerakan puteri umno bahagian pandan sekali lagi sepertimana tahun-tahun yang lepas tidak lupa kepada anak-anak yatim di sekitar pandan. Tahun ini bertarikh 12 Sept 2009 bertempat di Parkson KLCC pergerakan puteri umno telah membuat shopping raya kepada anak-anak ini. Di sini puteri umno bahagian pandan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak parkson KLCC kerana bebesar hati dalam menjayakan programe ini. Komitment yang di tunjukan oleh pihak parkson KLCC bergitu akrab dan mesra amat kami rasai. Tak lupa juga kepada ketua-ketua cawangan, mantan ketua bahagian Dato' Mad Aris, sahabat2 handai dan seluruh pergerakan puteri UMNO bahagian pandan dengan ucapan terima kasih serta tahniah atas kejayan programe ini.































Tukang Mengarut: Berat sama di pikul, ringan sama di jinjing.....tumpuan kita atas keikhlasan bukannya wang semata-mata....fikir-fikirkan la...