Assalamualaikum...
Bertemu kembali... Alhamdulillah bulan Syawal telah pun berlalu...Di kesempatan ini, saya bg pihak Ketua Puteri & warga Puteri Pandan mengucapkan jutaan terima kasih kepada tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Puteri Pandan yang telah di adakan pada 18hb yang lalu.. Tidak lupa juga terima kasih kepada Puteri Pandan yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ini.. Tahun ini merupakan tahun yang paling meriah kerana semua hidangan yang ada pada malam itu di masak secara gotong royong oleh Puteri Pandan.. Bukan saja makanan tapi segala persiapan di buat
100% oleh Puteri Pandan.. Terima kasih tak terhingga juga kepada kawan-kawan yang membantu di dapur terutamanya tukang buat air n basuh pinggan... he..he..he...Menu yang disediakan pada malam itu ialah
nasi impit, lemang, rendang ayam, daging masak kicap, mihun sup, pulut, kuah durian, bubur durian, buah-buahan dan kuih muih..Makanan sampingan lain ialah capatti, sate & kambing bakar....Nyam...nyam...nyam sedapnya.
Lihatlah gambar2 kami di bawah :
Wednesday, October 21, 2009
Gotong Royong Jamuan Raya Puteri Pandan 2009
Posted by Gabukas at Wednesday, October 21, 2009 2 comments
Tuesday, October 13, 2009
JEMPUTAN KE JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PUTERI UMNO BAHAGIAN PANDAN
Assalamualaikum....
Kami Puteri UMNO Bahagian Pandan dengan berbesar hatinya menjemput tuan/puan/cik dan puteri-puteri untuk ke Majlis Jamuan Hari Raya Puteri UMNO Bahagian Pandan pada :-
Tarikh : 18 Oktober 2009 (Ahad)
Masa : 8.30 Malam
Tempat : No. 17, Jalan Pandan Ria 6,
Taman Pandan Ria,
68000 Ampang,
Selangor.
Semoga kehadiran tuan/puan/cik dan puteri-puteri dapat menyerikan lagi majlis kami dan merapatkan hubungan silaturahim antara kita.
Terima kasih atas kesudian tuan/puan/cik dan puteri-puteri menghadiri majlis kami.
Posted by Gabukas at Tuesday, October 13, 2009 2 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)