Tuesday, May 26, 2009

Rasuah

Salam,

Terdetik dihati mengorek erti kata rasuah, di sini saya ambil 2 petikan satunya daripada Hassan Omar dan satu lagi daripada Nota Editor: Penulis adalah presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS). Mungkin kita boleh fahami makna dan akibatnya.


`Tolak rasuah'

Raja Dr Nazrin minta semua pihak perangi `barah' yang boleh memusnahkan negara

oleh Hassan Omar

KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah mengingatkan semua
lapisan masyarakat menolak amalan rasuah yang disifatkan baginda sebagai
barah yang bakal menghancurkan negara serta tamadun manusia.
Baginda bertitah, jika rasuah dibiar bermaharajalela, ia bukan setakat
menyebabkan kepentingan minoriti mengatasi majoriti, malah menghancurkan
sistem keadilan, menindas golongan kurang mampu dan lebih dahsyat lagi,
menghancurkan kerajaan.
"Rasuah adalah barah. Jika dibiarkan, akan menghancurkan
segala-galanya. Undang-undang diketepikan, keadilan tidak dapat
dipertahankan, yang bersalah boleh terlepas hukuman dan yang daif tidak
mungkin dapat pembelaan.
"(Rasuah menyebabkan) kezaliman dan penindasan dibiarkan, asas
pertimbangan dipengaruhi sogokan, yang terbaik tidak terpilih dan kos
urus niaga meningkat.
"Segala yang berlaku tentunya tidak lagi dapat mempertahankan institusi
mahupun kerajaan," titah baginda ketika melancarkan buku Local and
Global: Social Transformation in Southeast Asia yang dihasilkan 16
intelektual tempatan dan asing, khusus untuk membicarakan pemikiran Prof
Syed Hussein Alatas, di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini,
semalam.

Petikan daripada

http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=598


Makna Rasuah

Rasuah adalah satu jenayah atau kesalahan undang-undang di mana seseorang mendapat kebebasan, kontrak, atau keistimewaan (favours) daripada pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Ini merupakan definisi yang diberikan berkaitan tentang rasuah.

Rasuah menurut Bahasa Latin berasal daripada corruption, iaitu daripada kata kerja

corrumpere yang membawa erti busuk, rosak, menggoyahkan, memutar belit, dan menyogok. Cukup menarik apabila takrifan yang diberi merujuk kepada ‘busuk’ yang pastinya memualkan dan meloyakan. Secara tidak langsung, mesej yang paling jelas ingin disampaikan melalui pengertian rasuah ialah ia merupakan satu perilaku yang sangat terkutuk dan dibenci bukan sahaja agama malah kemanusiaan sekalipun menolaknya secara total.

Mengikut Tranparency International, rasuah adalah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai yang secara tidak wajar dan tidak sah menurut undang-undang.

Rasuah mencakupi empat perkara:

1- Melanggar undang-undang yang dikuatkuasa

2- Penyalahgunaan harta Negara

3- Merugikan Negara

4- Memperkayakan diri sendiri dan kerabat

Manakala Badan Pencegah Rasuah (BPR) meletakkan empat kesalahan utama dalam rasuah merangkumi:

1- Meminta/ menerima rasuah

2- Menawar/ memberi rasuah

3- Membuat tuntutan palsu

4- Menyalahguna jawatan/ kedudukan


Petikan daripada

Nota Editor: Penulis adalah presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)


Tukang Mengarut: Cerita tersebar sudah dan semua boleh menilai...fikirkan PRU akan dtg.....

Monday, May 25, 2009

Kunjungan Hormat Pu3 Pandan Ke Pejabat YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Salam,

Baru-baru ini Pu3 Pandan yang di ketuai ketua Pu3 Pandan Puan Zahida Zarik Khan bersama beberapa ajk pu3 bahagian telah melakukan kunjungan hormat ke pejabat YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Kemesraan yang ditunjukan oleh YB dan masa yang diluangkan kepada Pu3 Pandan dalam kesibukan besama rakyat...dalam kesibukan menjalankan tugas dan amanah selaku ketua Pu3 Malaysia serta menjawat jawatan selaku Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia bergitu Pu3 pandan amat hargai. Terima Kasih diucapkan.







Tukang Mengarut: Terima kasih daun keladi esok lusa boleh kami dtg lagi...:)

Senamrobik, Senamseni Dan Poco-Poco Oleh Puteri Pandan

Salam,

Aktiviti kesihatan yang baik untuk tubuh badan, mengeratkan hubungan antara puteri dan penduduk setempat. Kick off pada 10 May 2009 aktiviti ini akan diteruskan pada setiap hari Ahad jam 7.30pg - 9.30pg. Sesiapa yang berkelapangan boleh join bersama-sama bertempat di padang pandan jaya berhadapan dewan orang ramai pandan jaya (Bekas Pejabat Mantan Ketua).






Tukang Mengarut: Ayuh kita berpoco-poco menyihatkan badan....badan kena jaga jugak....huhu

Menyusur Akar 2009

Salam,

Tradisi bagi puteri umno bahagian pandan akan tetap di teruskan walaupun negeri sudah bertukar tampok pemerintahan. Menyusur akar 2009 tetap diteruskan oleh Pu3 pandan. Bantuan kepada golongan yg amat memerlukan tetap dihulur bagi melambangkan Pu3 bahagian pandan akan tetap membantu dan tidak akan melupakan mereka2 ini. Bermula di pejabat umno bahagian sebagai syarat...bagi bermulanya menyusur akar 2009.










Tukang Mengarut: Menyusur akar 2009 ceria seperti selalu...daripd zaman matan ketua sampi sekarang tetap diteruskan...bagus teruskan usaha anda.