Tuesday, August 23, 2011

Majlis Mesyuarat Dan Sidang Media Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Selangor Dan Wilayah Persekutuan 20 Aug 2011

Salam,

Gambar-gambar Mesyuarat Dan Sidang Media Gabungan Pertubuhan Bkan Kerajaan (NGO) Selangor Dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 20 Aug 2011 bertempat di Kediaman Ketua UMNO Cawangan Pandan Hilir Dato Haji Mad Aris Bin Mad Yusof. Hadir sama penaug gabungan dan juga ahli parliment pandan YB. Dato Sri Ong Tee Keat. Tidak dilupakan Ketua Puteri kita Puan Zahida Zarikh Khan.







































































Malam Sebelum (Persiapan)



















Wednesday, August 17, 2011

BERSAHUR



BERSAHUR

ZAHIDA Zarik Khan (duduk, lima dari kanan) bersama ahli-ahli Puteri UMNO Bahagian Pandan pada program memasak juadah sahur sempena bulan Ramadan di Pandan Indah, Ampang, baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------------------


Kira-kira 400 penduduk Pandan Indah Kencana, Ampang telah diraikan dalam majlis bersahur sempena Program Jom Sahur Puteri Pandan Ramadan anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pandan di Pandan Indah baru-baru ini.

Ketua Pergerakannya, Zahida Zarik Khan berkata, program berkenaan merupakan anjuran bersama Puteri bahagian itu, UMNO Cawangan Pandan Indah Kencana dan Surau Ikhwan Muslimin.

“Sebanyak 50 ahli Puteri Pandan menyumbang masa dan tenaga bagi menyediakan enam jenis juadah bersahur kepada penduduk setempat dalam menjayakan program tersebut.

“Secara keseluruhannya, program itu berjaya mencapai matlamat untuk menggalakkan ahli-ahli Puteri mendekati kira-kira 400 penduduk di sini terutamanya pada bulan Ramadan,” ujarnya.

Zahida yang juga Exco Pergerakan Puteri UMNO berkata, program itu merupakan acara tahunan yang dijalankan Puteri UMNO Pandan dalam menyemarakkan aktiviti sempena bulan Ramadan.

Hadir sama, Ketua UMNO Cawangan Pandan Hilir, Datuk Mat Aris Mad Yusof.


- UTUSAN

PERKARA PENTING UNTUK PUTERI UMNO BAHAGIAN PANDAN:

Salam Sayang,

Next activity kita seperti di bawah:

~~ 21 Aug 2011

" JOM MASAK BUBUR LAMBUK"

Tempat: Rumah Pangsa Taman Bakti
Masa: 8.00 Pagi ~ 6.30 Ptg

~~ 23 Aug 2011

" SHOPPING RAYA"

Tempat: Isetan, KLCC
Masa: 2.30 Ptg


Gurls...get ready.......

Saturday, August 13, 2011

"JOM SAHUR" Puteri Pandan

Salam,

Seperti kebiasaannye setiap kali Ramadhan tiba.....akan adanye program2 yang telah disusun.....dengan permulaan program "Jom Sahur" Puteri Pandan telah berjaya di jalan kan pada 14 Ogos 2011 bermula jam 3.00pagi..

Hasil daripada kerjasama Surau Ikhwan Muslimin dan UMNO Cawangan Pandan Indah Kencana program ini telah berjaya.

Bermula sekitar 11.00 malam selepas solat tarawih....puteri pandan and the geng bergotong royong untuk menyediakan makan sahur kepada masyarakat sekitar.

Di ucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir.

Tak lupa juga kepada puteri-puteri sekelian you are the best.

Salam Ramadhan daripada.

Puteri UMNO Bahagian Pandan.

P/S: Tunggu program yang akan dtg...lagi gempak...hehehe