Tuesday, November 22, 2011

Blog Puteri UMNO Bahagian Pandan Terharu Dengan Gambar Ini



Blog Puteri Bahagian Pandan terharu dengan gambar ini.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun yang kematian ibunya mati dalam peperangan.

Kanak-kanak ini terlalu rindu akan ibunya maka dilakarkan gambar ibunya pada lantai kayu dengan gambar ibunya itu melentangkan tangan untuk ditiduri oleh anaknya sebagai alas bantal.

Kredit Kepada http://novandri.blogspot.com/

Berita KOSMO: Program Ziarah Mesra jalin hubungan dengan rakyat


AMAL. Ahli-ahli UMNO bahagian Pandan menyampaikan bantuan kepada pesakit di Hospital Ampang, Selangor baru-baru ini.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pandan, Mejar (B) Iszeham Hamid berkata, bantuan itu merupakan salah satu program tahunan Pergerakan Puteri UMNO yang diketuai oleh Zahida Zarik Khan.
Menurut Iszeham, Program Ziarah Mesra, Gerak Kerja Tranmsformasi Puteri UMNO Bahagian Pandan itu merupakan program amal yang dibuat setiap tahun.
"Melalui bantuan ini, kami dapat mendekatkan diri lagi dengan masyarakat seterusnya membantu perjuangan UMNO," ujarnya baru-baru ini.

Arkib: Kosmo -> Komuniti Kita

ISZEHAM (tengah) bersama Zahida dan ahli-ahli Puteri UMNO Pandan semasa Program Ziarah Mesra, Gerak Kerja Transformasi di Hospital Ampang baru-baru ini.


Tuesday, November 8, 2011

Ibadah Qurban Puteri

Salam,

Alhamdullilah dan tahniah untuk gurls Puteri Umno Bahagian Pandan dengan kerjasama Umno Cawangan Pandan Indah 2B telah berjaya melakukan ibadah qurban bagi tahun 2011 bertempat di Perkarangan Dewan Kemas Pandan Indah 2B pada 7 Nov 2011.

Sebanyak 3 ekor lembu telah dikorbankan pada tahun ini. Syukur.....saban tahun telah berlalu, puteri tidak pernah "miss" daripada menjalankan ibadah qurban.

Turut sama pada majlis tersebut Ketua Puteri Bahagian Pandan yang tersayang Puan Zahida Zarikh Khan dan semua ahli jawatankuasa puteri bahagian, Dato' mantan ketua Dato' Mad Aris Bin Mad Yusof, Penyelaras Dun Pandan Saudara Abd Ghani Ismail, Timbalan Ketua Bahagian, Mejar (B) Izham, Ketua Wanita Bahagian Puan Nor Shima Hashim.

Terima kasih juga kepada penduduk setempat turut sama membantu.