Thursday, July 30, 2009

Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Pandan 2009

Salam sayang semua,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana pada 26 Julai 2009 (Ahad), jam 10.00 pagi dan bertempat di Hotel De-Palma Ampang telah berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Pandan 2009 dengan jayanya. Terima kasih kepada YBhg. Pn. Asmaiza bt Ahmad iaitu Exco Puteri UMNO Malaysia merangkap Ketua Puteri UMNO Perlis kerana sudi hadir dan merasmikan Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Pandan. Terima kasih juga kepada Cik Haslinda Zerain & barisan exco puterinya kerana sudi datang sebagai wakil perhubungan UMNO Selangor ke Mesyuarat Pu3 UMNO bahagian Pandan. Tidak lupa juga, Puteri UMNO Bahagian Pandan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mantan Ketua Bahagian Pandan, ketua-ketua cawangan, wanita & pemuda yang sudi hadir untuk memberi sokongan memeriahkan majlis kami. Alhamdulillah sekali lagi kerana mesyuarat ini dapat di jalankan dengan suasana yang meriah dan tersusun.















Tukang Mengarut: Harap2 pemangku ketua bahagian kotakan janji supaya puteri tidak di anaktirikan oleh bahagian lagi... he..he..he

Monday, July 27, 2009

Program Banteras Ragut dan Rogol (B2R) dan Tabung B2R anjuran Puteri Umno

SEBARKAN... Rosmah menyampaikan risalah B2R kepada orang
ramai sambil diperhatikan Rosnah (kiri) selepas melancarkan
program B2R di Dataran Merdeka, semalam.

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mahu generasi muda, terutama gadis, tidak hanya celik teknologi maklumat tetapi juga ‘celik jenayah’.

Katanya, golongan ‘celik jenayah’ akan berusaha mengelak menjadi mangsa penjenayah dengan tidak membiarkan diri, ahli keluarga dan sahabat terdedah kepada kejadian tidak diingini.

Berucap melancarkan Program Banteras Ragut dan Rogol (B2R) dan Tabung B2R anjuran Puteri Umno, di sini, semalam, Rosmah berkata, ia harus dipuji kerana digerakkan generasi muda yang prihatin terhadap isu jenayah memandangkan golongan muda sering dikatakan bersikap ‘tidak peduli’ biarpun jenayah berlaku di depan mata.

Menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes ragut di ibu negara mencatat peningkatan 99 peratus dalam tempoh Januari hingga April tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Rosmah berkata, peningkatan kes ragut menimbulkan kebimbangan kerana jenayah ragut biasanya mengakibatkan tragedi seperti kematian atau menyebabkan mangsa cedera parah.

Menurutnya, memandangkan kes ragut sering membabitkan wanita, golongan wanita muda wajar menggerakkan usaha mendidik kaum sejenis supaya melengkapkan diri dengan ilmu pertahanan.

“Wanita juga mesti diajar mengenai penjagaan keselamatan diri, terutama ketika di tempat awam yang terdedah kepada kemungkinan diragut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata program B2R bertujuan mendidik dan meningkatkan tahap kesedaran masyarakat, khususnya wanita, supaya sentiasa berwaspada untuk mengelak menjadi mangsa jenayah ragut dan rogol.

Katanya, risalah dan kain rentang mengenai B2R akan diedar kepada Puteri Umno di setiap negeri untuk mereka melaksanakan program itu mengikut idea masing-masing.

“Mereka akan mengadakan kelas seni mempertahankan diri atau seminar keselamatan diri di sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk mengingatkan mereka betapa dua jenayah ini berstatistik tinggi,” katanya.

Rosnah berkata, dana daripada Tabung B2R yang kini mencecah RM129,500 sejak pra pelancarannya 15 Julai lalu akan disalurkan untuk membantu mangsa serta ahli keluarga yang terababit dalam kes ragut dan rogol serta keganasan sosial lain. — Bernama

Tukang Mengarut: wah..wah..wah...laris betul ekk jualan air korang...sampi tghhari aje dah habis...anyway tahniah....apa nak buat last minute cancel karaoke...kalo tak i la org pertama menyanyi....hehehe....cube korang tgk ada muka sape kuar kat gambar atas tu....huhuhu

Thursday, July 23, 2009

Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Pandan

Salam,

Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Pandan.
Tempat: Hotel D'palma Ampang.
Masa: 8.30 pagi.
Tarikh: 26 July 2009
Dijangka Dirasmikan Oleh: Ketua Puteri UMNO Selangor.

Kepada para perwakilan puteri umno bahagian pandan saya selaku pengendali blog puteri umno bahagian pandan mengucapkan selamat bermesyuarat dan bersidang.


Tukang Mengarut: apa lagi puteri .... apa yg terbuku di hati untuk membangunkan lagi puteri pandan dan juga umno bahagian pandan sila bentangkan...jangan sampai satu hari nanti orang yang selama ini tak pernah ambik tahu dan baru sekali dtg dijemput akan telah layak...fikir-fikirkan...

25 July 2009 B2R "Benteras Rogol Dan Ragut".

Salam,

Pengumuman Puteri UMNO Malaysia akan menganjurkan B2R Benteras Ragut Dan Rogol di Dataran Merdeka pada 25 July 2009 yang dijangka akan dirasmikan oleh Datin Seri Rosmah Mansor isteri PM kita...so geng2 puteri umno bahagian pandan akn terlibat alam mengendali gerai dan karaoke (pergghhh best nie..hehehe)....so 25 July kita kumpul di Restoran Bahdur Shah kul 6.30 pagi....kalo lambat tinggal...hehehehe

Tukang Mengarut: ....................

Saturday, July 4, 2009

Ramah Mesra Bersama Ketua Puteri UMNO Selangor Dan Exco Di Satay Station, Kampung Pandan

Salam,


Baru-baru ini Ketua Puteri UMNO Selangor dan Ahli Jawatankuasanya telah turun padang untuk Majlis Ramah Mesra Bersama Ketua dan AJK Puteri UMNO Bahagian Pandan bertempat di Satay Station, Kampung Pandan. Ini adalah inisiatif/usaha yang berkesan yang di buat oleh Ketua Puteri UMNO Selangor Pn. Suhaila binti Dato' M. Zin dalam usaha untuk mengenali dengan lebih dekat pemimpin-pemimpin puteri yang ada pada setiap peringkat bahagian di Selangor. Perjumpaan ini juga bertujuan untuk berkongsi pendapat, idea dan apa sahaja cadangan yang sesuai untuk menarik pengundi-pengundi muda khususnya untuk memastikan UMNO tetap relevan sampai bila-bila.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi hadir pada majlis santai ini.

















Tukang Mengarut: 3 telah jatuh tinggal satu saja yang tinggal....takkan ego tinggi lagi kot walaupun dulu nampak mesra tetapi...ermmm