Tuesday, May 26, 2009

Rasuah

Salam,

Terdetik dihati mengorek erti kata rasuah, di sini saya ambil 2 petikan satunya daripada Hassan Omar dan satu lagi daripada Nota Editor: Penulis adalah presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS). Mungkin kita boleh fahami makna dan akibatnya.


`Tolak rasuah'

Raja Dr Nazrin minta semua pihak perangi `barah' yang boleh memusnahkan negara

oleh Hassan Omar

KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah mengingatkan semua
lapisan masyarakat menolak amalan rasuah yang disifatkan baginda sebagai
barah yang bakal menghancurkan negara serta tamadun manusia.
Baginda bertitah, jika rasuah dibiar bermaharajalela, ia bukan setakat
menyebabkan kepentingan minoriti mengatasi majoriti, malah menghancurkan
sistem keadilan, menindas golongan kurang mampu dan lebih dahsyat lagi,
menghancurkan kerajaan.
"Rasuah adalah barah. Jika dibiarkan, akan menghancurkan
segala-galanya. Undang-undang diketepikan, keadilan tidak dapat
dipertahankan, yang bersalah boleh terlepas hukuman dan yang daif tidak
mungkin dapat pembelaan.
"(Rasuah menyebabkan) kezaliman dan penindasan dibiarkan, asas
pertimbangan dipengaruhi sogokan, yang terbaik tidak terpilih dan kos
urus niaga meningkat.
"Segala yang berlaku tentunya tidak lagi dapat mempertahankan institusi
mahupun kerajaan," titah baginda ketika melancarkan buku Local and
Global: Social Transformation in Southeast Asia yang dihasilkan 16
intelektual tempatan dan asing, khusus untuk membicarakan pemikiran Prof
Syed Hussein Alatas, di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini,
semalam.

Petikan daripada

http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=598


Makna Rasuah

Rasuah adalah satu jenayah atau kesalahan undang-undang di mana seseorang mendapat kebebasan, kontrak, atau keistimewaan (favours) daripada pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Ini merupakan definisi yang diberikan berkaitan tentang rasuah.

Rasuah menurut Bahasa Latin berasal daripada corruption, iaitu daripada kata kerja

corrumpere yang membawa erti busuk, rosak, menggoyahkan, memutar belit, dan menyogok. Cukup menarik apabila takrifan yang diberi merujuk kepada ‘busuk’ yang pastinya memualkan dan meloyakan. Secara tidak langsung, mesej yang paling jelas ingin disampaikan melalui pengertian rasuah ialah ia merupakan satu perilaku yang sangat terkutuk dan dibenci bukan sahaja agama malah kemanusiaan sekalipun menolaknya secara total.

Mengikut Tranparency International, rasuah adalah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai yang secara tidak wajar dan tidak sah menurut undang-undang.

Rasuah mencakupi empat perkara:

1- Melanggar undang-undang yang dikuatkuasa

2- Penyalahgunaan harta Negara

3- Merugikan Negara

4- Memperkayakan diri sendiri dan kerabat

Manakala Badan Pencegah Rasuah (BPR) meletakkan empat kesalahan utama dalam rasuah merangkumi:

1- Meminta/ menerima rasuah

2- Menawar/ memberi rasuah

3- Membuat tuntutan palsu

4- Menyalahguna jawatan/ kedudukan


Petikan daripada

Nota Editor: Penulis adalah presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)


Tukang Mengarut: Cerita tersebar sudah dan semua boleh menilai...fikirkan PRU akan dtg.....

2 comments:

Gabukas said...

Salam,

Sila berkomunikasi didalam blog ini, komen yang kesat, cara perkataan yang membangkitkan pergaduhan, kutuk-mengutuk dan lucah tidak akan dilampirkan.

* Sila lihat dalam ruangan Perhatian.

Kalau tidak puas hati atas arahan ini. Sila buat blog sendiri.

Sekian terima kasih.

Puteri Nora said...

Anggota Umno Hadapi Tuduhan Mahkamah Digantung Jawatan Parti.

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Anggota Umno yang dikenakan tuduhan di mahkamah akan digantung jawatan dalam parti sehingga mereka dibebaskan daripada tuduhan tersebut, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat.

Najib, yang juga Perdana Menteri, berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini.

"Mengenai perkara berkenaan dengan Panel Rayuan Lembaga Disiplin, kita dari segi prinsipnya bersetuju atas syor Jawatankuasa Pengurusan bahawa seseorang yang dikenakan tuduhan di mahkamah, jawatannya akan digantung.

"Sekiranya dia berjaya dalam proses mahkamah dia akan dapat balik jawatannya," kata Najib kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Antara anggota Umno yang sedang berdepan tuduhan di mahkamah termasuk Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Mohamad Norza Zakaria yang dihadapkan ke mahkamah atas dua pertuduhan memberi suapan wang tunai dan Ketua Umno Bahagian Pandan Abdul Ghani Ismail yang didakwa atas sembilan pertuduhan menerima rasuah.

Pada 16 April lepas, Datuk Suhaili Abdul Rahman pula digugurkan jawatan Ketua Umno Bahagian Labuan berkuat kuasa serta merta setelah didakwa di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

Beliau pada 13 April dituduh di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu menipu pengurus bank Malayan Banking Berhad cawangan Kota Kinabalu, Ismail Jantan pada 3 April 1996 untuk mempercayai yang beliau ialah pemilik kad pengenalan bernombor H0552181 dalam permohonan pinjaman perumahan RM110,000 dan overdraf sebanyak RM50,000 untuk membeli satu unit apartmen di Api-Api Centre.

Pada 14 April pula dia didakwa membuat akuan berkanun palsu kepada Jaksa Pendamai, Mohd Naser Mohd Noor dengan menggunakan kad pengenalan H 0552181 atas nama Ahmad Suhaily Abdul Rahman untuk pendaftaran syarikat Saraequity Sdn Bhd di Kota Kinabalu pada 3 Ogos 1995.

Sementara itu, Najib berkata MT juga bersetuju dengan cadangan supaya anggota Lembaga Disiplin Umno termasuk Panel Penyiasatan, Tribunal dan Rayuan ditambah.

Anggota tambahan lembaga itu terdiri daripada Datuk Ismail Said (bekas setiausaha parlimen Kementerian Belia dan Sukan), Datuk Zuraidah Atan (seorang peguam), Wahab Wahid (bekas Penolong Kanan Penguasa Badan Pencegah Rasuah), Nordin Saidin (pegawai polis yang telah bersara berpangkat Inspektor) dan Mohd Zain Ismail (pegawai polis yang telah bersara berpangkat penguasa polis).

Najib berkata mesyuarat MT hari ini mengesahkan dan menerima secara rasmi kemasukan semula bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anak mereka Datuk Mokhzani ke dalam Umno.

Dr Mahathir yang keluar Umno pada 19 Mei tahun lepas, menyertai semula parti pada 4 April lepas iaitu sehari selepas Najib mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri.