Monday, July 27, 2009

Program Banteras Ragut dan Rogol (B2R) dan Tabung B2R anjuran Puteri Umno

SEBARKAN... Rosmah menyampaikan risalah B2R kepada orang
ramai sambil diperhatikan Rosnah (kiri) selepas melancarkan
program B2R di Dataran Merdeka, semalam.

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mahu generasi muda, terutama gadis, tidak hanya celik teknologi maklumat tetapi juga ‘celik jenayah’.

Katanya, golongan ‘celik jenayah’ akan berusaha mengelak menjadi mangsa penjenayah dengan tidak membiarkan diri, ahli keluarga dan sahabat terdedah kepada kejadian tidak diingini.

Berucap melancarkan Program Banteras Ragut dan Rogol (B2R) dan Tabung B2R anjuran Puteri Umno, di sini, semalam, Rosmah berkata, ia harus dipuji kerana digerakkan generasi muda yang prihatin terhadap isu jenayah memandangkan golongan muda sering dikatakan bersikap ‘tidak peduli’ biarpun jenayah berlaku di depan mata.

Menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes ragut di ibu negara mencatat peningkatan 99 peratus dalam tempoh Januari hingga April tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Rosmah berkata, peningkatan kes ragut menimbulkan kebimbangan kerana jenayah ragut biasanya mengakibatkan tragedi seperti kematian atau menyebabkan mangsa cedera parah.

Menurutnya, memandangkan kes ragut sering membabitkan wanita, golongan wanita muda wajar menggerakkan usaha mendidik kaum sejenis supaya melengkapkan diri dengan ilmu pertahanan.

“Wanita juga mesti diajar mengenai penjagaan keselamatan diri, terutama ketika di tempat awam yang terdedah kepada kemungkinan diragut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata program B2R bertujuan mendidik dan meningkatkan tahap kesedaran masyarakat, khususnya wanita, supaya sentiasa berwaspada untuk mengelak menjadi mangsa jenayah ragut dan rogol.

Katanya, risalah dan kain rentang mengenai B2R akan diedar kepada Puteri Umno di setiap negeri untuk mereka melaksanakan program itu mengikut idea masing-masing.

“Mereka akan mengadakan kelas seni mempertahankan diri atau seminar keselamatan diri di sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk mengingatkan mereka betapa dua jenayah ini berstatistik tinggi,” katanya.

Rosnah berkata, dana daripada Tabung B2R yang kini mencecah RM129,500 sejak pra pelancarannya 15 Julai lalu akan disalurkan untuk membantu mangsa serta ahli keluarga yang terababit dalam kes ragut dan rogol serta keganasan sosial lain. — Bernama

Tukang Mengarut: wah..wah..wah...laris betul ekk jualan air korang...sampi tghhari aje dah habis...anyway tahniah....apa nak buat last minute cancel karaoke...kalo tak i la org pertama menyanyi....hehehe....cube korang tgk ada muka sape kuar kat gambar atas tu....huhuhu

0 comments: