Friday, September 11, 2009

Keratan Akhbar: Bubur Lambuk Tulang Hidangan Di Pandan

Sentral: Bubur lambuk tulang hidangan di Pandan

Oleh Siti Haliza Yusop
shyusop@bharian.com.my


ZAHAIDA ZARIK (lima dari kanan) bersama ahli Puteri Umno memasak bubur lambuk yang akan diagihkan kepada orang ramai di Bazar Ramadan Kampung Cheras Baru.

Juadah jadi tarikan kawasan sekitar sejak lima tahun lalu

KUALA LUMPUR: Bubur lambuk dan Ramadan sememangnya padanan tidak dapat dipisahkan. Masuk saja hari pertama berpuasa, pelbagai pihak akan tampil menyediakan juadah kegemaran umat Islam untuk berbuka puasa.

Umumnya, pada waktu inilah kita dapat melihat betapa semangat gotong-royong itu benar dipraktikkan. Selain golongan wanita, turut kelihatan tidak terlepas mahu memberi bantuan adalah golongan lelaki dan kanak-kanak.

Bagaimanapun, seiring peredaran waktu, juadah bubur lambuk yang disajikan sejak sekian lama, turut melalui pelbagai perubahan tanpa mengurangkan sedikitpun keenakan rasanya. Meskipun sudah berlaku banyak perubahan dan kepelbagaian dalam cara penyediaannya, bubur lambuk tetap akan mengundang selera penggemarnya.

Bagi Puteri Umno bahagian Pandan bukan setakat resipi itu saja yang mempunyai kelainan, malah bubur lambuk tulang dan daging disediakan itu memberi perkhidmatan buat masyarakat, selain mengambil keberkatan kehadiran bulan mulia ini untuk merapatkan silaturahim antara satu sama lain.

Ketua Puteri Umno bahagian Pandan, Zahida Zarik Khan, berkata 40 anggota Puteri Umno bahagian itu bertungkus lumus sejak jam 8 pagi lagi bagi menyediakan bahan mentah untuk aktiviti ‘Jom Makan Bubur Lambuk’ itu, yang diadakan setiap kali hadirnya Ramadan, bermula lima tahun lalu.

“Kami bergilir-gilir memasak sejak awal pagi lagi dan hasilnya, selepas lapan jam bertungkus lumus, lebih 1,000 bekas bubur lambuk dapat disiapkan dengan kerjasama mereka yang terbabit.

“Sebenarnya, resipi bubur lambuk tulang dan daging ini sememangnya dinantikan penduduk sekitar kerana rasanya yang enak dan berlainan dari bubur lambuk biasa yang boleh didapati sepanjang Ramadan.

“Seperti biasa, selain mengagihkannya kepada orang ramai yang mengunjungi Pasar Ramadan Jalan Besar, Bukit C, Kampung Cheras Baru, sebahagian dari bungkusan bubur lambuk ini akan turut diserahkan kepada masjid terdekat, balai polis, balai bomba dan sebuah rumah kebajikan kanak-kanak.” katanya.

Tukang Mengarut: Happy tgk gambar nie.........



1 comments:

Anonymous said...

pink. sesuai dgn tuan punya blog ni..

http://writtenbyhim.wordpress.com/