Wednesday, October 21, 2009

Gotong Royong Jamuan Raya Puteri Pandan 2009

Assalamualaikum...

Bertemu kembali... Alhamdulillah bulan Syawal telah pun berlalu...Di kesempatan ini, saya bg pihak Ketua Puteri & warga Puteri Pandan mengucapkan jutaan terima kasih kepada tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Puteri Pandan yang telah di adakan pada 18hb yang lalu.. Tidak lupa juga terima kasih kepada Puteri Pandan yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ini.. Tahun ini merupakan tahun yang paling meriah kerana semua hidangan yang ada pada malam itu di masak secara gotong royong oleh Puteri Pandan.. Bukan saja makanan tapi segala persiapan di buat
100% oleh Puteri Pandan.. Terima kasih tak terhingga juga kepada kawan-kawan yang membantu di dapur terutamanya tukang buat air n basuh pinggan... he..he..he...Menu yang disediakan pada malam itu ialah
nasi impit, lemang, rendang ayam, daging masak kicap, mihun sup, pulut, kuah durian, bubur durian, buah-buahan dan kuih muih..Makanan sampingan lain ialah capatti, sate & kambing bakar....Nyam...nyam...nyam sedapnya.
Lihatlah gambar2 kami di bawah :

























2 comments:

Anonymous said...

aaaaklhamdulillah.... bagus sangat program PU3 UMNO Pandan. Nampak nya banyak modal berbentuk wang ringgit di gunakan untuk menjamu tetamu. Lain kali buat satu program yang boleh mendatangkan hasil seperti cuci kereta, bakar lemang dan rendang untuk di jual pada org ramai dan hasil keuntungan dari situ PU3 buat lah jamuan makan untuk rakyat setempat dan baru lah berkat. Maksud nya disini anda semua tunggu duit sponsor atau tajaan nanti ada orang terinaya.
Mudah2an pandangan saya sebagai rakyat atau penduduk disini dapat perhatian.

Anonymous said...

assalamualaikum

Kami disini bersetuju sesangat pendapat diatas. Maklumlah berpolitik kenalah jujur dan ikhlas.
Berniaga adalan amal jariah. Seperti saya juga berniaga nasi lemak seperti ibu ketua puteri umno
pandan pada ketika dulu. Mak cik bole mengajar puteri puteri ni masak nasi lemak dan jual dan hasil keuntungan dari jualan boleh sedekah pada fakir miskin atau anak yatim. Baru Berkat dan jangan guna duit orang lain untuk bersedekah dan dapat perhatian. Nawaitu mesti ikhlas. Walau bagaimana pun maaf atas teguran.

Ikhlas nasi lemak manis pandan