Salam,
Adohh lama benar saya tak update blog nie....maaf yea kawan2...
Nie gambar masa bulan posa hari tu ....time nie seperti tahun2 sebelumnya.....dan bukan copy cat sesapa....Pu3 pandan buat shopping raya untuk anak2 yatim dan juga miskin, lokasi di KLCC......dan terus pi buka posa kat McD
Tahniah gurls.....
Saturday, October 30, 2010
Pu3 Pandan Shopping Raya
Posted by Gabukas at Saturday, October 30, 2010 0 comments
Monday, August 30, 2010
Selamat Hari Merdeka
Portal rasmi bagi perayaan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Sila klik:
http://www.malaysiamerdeka.gov.my/index_bm.php
Posted by Gabukas at Monday, August 30, 2010 0 comments
Thursday, August 26, 2010
Al-Qur’an Pemberi Syafaat di Akhirat
SalamNuzul Quran,
Tertarik membaca posting ini walaupun last year punya, punyai meaning yang mendalam.
Al-Qur’an Pemberi Syafaat di Akhirat
Posted by Persatuan Mahasiswa Islam UTM Monday, September 7, 2009
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur'an menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Al-Baqarah: 185)
Alhamdulillah, sedar tidak sedar, kita sudah pun berada di pertengahan bulan Ramadhan yang penuh berkat dan kemuliaan. Sebagaimana yang kita ketahui, dalam bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan ini, telah terjadinya satu peristiwa yang penting dan bersejarah, iaitu turunnya ayat suci Al-Qur’an yang pertama dan kemudiannya secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah s.a.w yang kita kenali sebagai Nuzul Al-Qur’an. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Turunnya kitab suci ini telah membawa cahaya perubahan kepada kehidupan manusia daripada kehidupan jahiliyyah dan sesat kepada kehidupan yang beriman dan mulia.
Al-Qur’an merupakan mukjizat Rasulullah s.a.w yang paling agung dan menjadi panduan kepada umat Islam sehingga ke hari ini. Al-Qur’an telah dijanjikan oleh Allah sebagai kitab yang terpelihara hingga ke hari kiamat. Tidak ada makhluk Allah yang dapat mencabar keagungannya dari segala segi mahupun menokok-tambah atau mengubah kandungan Al-Qur’an seperti dalam firman-Nya:
“Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Qur'an ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Al-Israa’: 88)
Islam menggalakkan umatnya supaya melazimkan diri membaca Al-Qur'an kerana membaca Al-Qur'an adalah amalan yang sangat mulia, lebih-lebih lagi dalam bulan yang mulia ini. Dengan amalan yang sedemikian, akan menambahkan lagi ganjaran dan rahmat Allah s.w.t serta mendapat syafaat (pertolongan) pada hari akhirat kelak, sebagaimana yang dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w maksudnya:
“Dari Abi Umamah Al-Bahili berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Bacalah oleh kamu Al-Qur'an kerana sesungguhnya Al-Qur'an itu akan datang pada Hari Kiamat memberi syafaat (pertolongan) kepada pembacanya”. (Riwayat Al-Imam Muslim)
Walau bagaimanapun, dengan pemodenan kehidupan yang berlaku setiap kali meningkatnya tahun, dekad, dan abad, dunia Islam semakin kekurangan jiwa-jiwa yang celik Al-Qur’an. Al-Qur’an hanya dibaca apabila tiba bulan Ramadhan dan kadang-kadang dalam majlis Khatamal Al-Qur’an ketika kenduri perkahwinan. Sangat sedikit yang membaca Al-Qur’an pada masa-masa yang lain; selepas setiap waktu solat, sebelum tidur, semasa menunggu bas, semasa menunggu kedatangan pensyarah, dan banyak lagi masa-masa terluang yang selalunya dibazirkan untuk perkara-perkara kurang bermanfaat.
Ke mana menghilangnya generasi Al-Qur’an? Yang siang dan malamnya dihiasi dengan taranum dan tadabbur Al-Furqan, masa-masa lapangnya digunakan untuk mengkaji Kalam Allah dan setiap saat dalam hatinya menghafaz ayat suci Kitabullah. Kebanyakan umat Islam kini yang mengaku Muslim tidak begitu menghayati Al-Qur’an berbanding buku-buku sejarah dan Sains nukilan karyawan Barat, sedangkan Al-Qur’an sejak turunnya telah mengisahkan pelbagai sejarah kehidupan manusia dan ilmu Sains yang akhirnya pada zaman ini diiktiraf oleh saintis-saintis Barat. Sebagai Muslim, sepatutnya Al-Qur’an itulah menjadi rujukan pertama sebelum buku-buku selainnya, tetapi pada zaman yang hampir kiamat ini, Al-Qur’an seakan-akan diletakkan di tempat keempat, kelima mahupun yang terakhir sebagai tempat rujukan. Manusia hampir terlupa bahawa antara tanda-tanda besar kiamat adalah hilangnya tulisan Al-Qur’an dari mashaf dan daripada hati umat Islam.
Oleh itu, sebagai hamba Allah yang tahu, sudah menjadi tanggungjawab kepada saudara seagama yang lain untuk mengajarkan Al-Qur’an dan hal-hal mengenainya. Ibu bapa mengajarkan anak-anak, abang dan kakak mengajarkan adik-adik, sahabat mengajarkan sahabat, pendek kata, yang tahu mengajarkan yang tidak tahu. Bagi yang tidak tahu membaca Al-Qur’an, adalah disarankan agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mempelajarinya kerana pada masa ini banyak kemudahan yang telah disediakan, antaranya kelas-kelas Al-Qur'an di masjid-masjid, CD-CD belajar Al-Qur’an, dan sebagainya.
Sesungguhnya pahala dan berkat bukan hanya akan diperolehi oleh mereka yang membaca Al-Qur'an, tetapi juga akan diperolehi oleh orang yang mendengar bacaan Al-Qur'an. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-A'raaf ayat 204 maksudnya:
“Dan apabila Al-Qur'an itu dibacakan maka dengarlah akan dia serta diamlah supaya kamu beroleh rahmat”.
Maka, apabila Al-Qur'an dibacakan terutamanya di Majlis-majlis Peraduan Al-Qur'an, Tadarus Al-Qur'an, Khatam Al-Qur'an dan sebagainya, adalah elok kita diam dan mendengar bacaan Al-Qur'an agar kita dapat menghayati dan memahami maksud yang terkandung di dalamnya. Perbuatan sedemikian adalah dikira ibadat dan akan mendapat pahala dari Allah S.w.t.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama merebut peluang untuk melipat-gandakan amalan dengan membaca dan menghayati Al-Qur’an, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini. Semoga kita semua tergolong dalam orang-orang yang menerima syafaat, rahmat dan berkat daripada Allah s.w.t di dunia dan di akhirat. Amiin.
Siti Hasunah Binti Mohammad,
Fakulti Kejuruteraan Elektrik.
http://sunahmohammad.blogspot.com
Posted by Gabukas at Thursday, August 26, 2010 0 comments
Wednesday, August 25, 2010
AMALAN MULIA

Tradisi menyumbangkan bubur lambuk bagaikan sudah menjadi amalan tahunan yang dilakukan oleh individu, parti politik mahupun sektor awam dan swasta sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.
Aktiviti berkenaan turut dilakukan oleh Puteri UMNO Bahagian Pandan dengan kerjasama Ahli Kelab Sukan dan Eksplorasi Cheras Baru dan Jiran Wanita Rukun Tetangga (RT) Pandan Mewah bagi menyemarakkan lagi suasana bulan puasa ini.
Ketuanya, Zahida Zarik Khan berkata, Puteri UMNO bahagian itu menyediakan 1,000 bungkus bubur lambuk untuk diagih-agihkan kepada penduduk sekitar masjid dan kawasan RT Pandan Mewah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta bomba.
“Sumbangan bubur lambuk ini merupakan program tanggungjawab sosial yang dianjurkan oleh Puteri UMNO Bahagian Pandan sempena menyambut bulan Ramadan,” ujarnya.
“Ia disusuli dengan program Jom Sahur, majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan ibu-ibu tunggal pada minggu kedua dan ketiga manakala minggu terakhir, kami akan membawa anak-anak yatim dan ibu tunggal membeli-belah,” katanya.
Posted by Gabukas at Wednesday, August 25, 2010 0 comments
Saturday, August 21, 2010
"Jom Sahur Bersama Puteri Pandan"
Salam,
Hip...hip...huray....penat yang berbaloi....insyallah pahala yang kita terima.....
Posted by Gabukas at Saturday, August 21, 2010 0 comments
Wednesday, August 18, 2010
Prog. "JOM SAHUR" Puteri UMNO Bahagian Pandan
Salam Sayang,
Prog. "JOM SAHUR" Puteri UMNO Bahagian Pandan akan di adakan di Dewan Pandan Hilir pada 21hb Aug 2010. Acara akan bermula pada pukul 10.00 mlm untuk menyediakan juadah bersahur dan makan bersama-sama. Mohon kerjasama AJK Puteri Bahagian Pandan dapat bersama-sama dalam menjayakan prog. tahunan ini. OK gurlss.....jangan lupa pakai baju kaler PINK.....Daaaa.........
Posted by Gabukas at Wednesday, August 18, 2010 0 comments
Sunday, August 15, 2010
Program Jom Masak Bubur Lambuk 2010
Assalamualaikum....
Alhamdulillah dan bersyukur sekali lagi kerana Puteri UMNO Bahagian Pandan telah berjaya menganjurkan Program Jom Masak Bubur Lambuk dimana ia merupakan program tahunan kami.. Program ini telah dijayakan dengan kerjasama Jiran Wanita Rukun Tetangga Taman Pandan Mewah dan Kelab Sukan Eksplorasi Cheras. Se awal jam 7 pagi kami bersama jiran wanita bergotong royong menyediakan bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk. Sebanyak 5 periuk bubur lambuk yang telah di masak untuk diedarkan kepada hospital, balai polis, bomba & orang awam..
Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat.......
Posted by Gabukas at Sunday, August 15, 2010 0 comments