Tradisi menyumbangkan bubur lambuk bagaikan sudah menjadi amalan tahunan yang dilakukan oleh individu, parti politik mahupun sektor awam dan swasta sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.
Aktiviti berkenaan turut dilakukan oleh Puteri UMNO Bahagian Pandan dengan kerjasama Ahli Kelab Sukan dan Eksplorasi Cheras Baru dan Jiran Wanita Rukun Tetangga (RT) Pandan Mewah bagi menyemarakkan lagi suasana bulan puasa ini.
Ketuanya, Zahida Zarik Khan berkata, Puteri UMNO bahagian itu menyediakan 1,000 bungkus bubur lambuk untuk diagih-agihkan kepada penduduk sekitar masjid dan kawasan RT Pandan Mewah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta bomba.
“Sumbangan bubur lambuk ini merupakan program tanggungjawab sosial yang dianjurkan oleh Puteri UMNO Bahagian Pandan sempena menyambut bulan Ramadan,” ujarnya.
“Ia disusuli dengan program Jom Sahur, majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan ibu-ibu tunggal pada minggu kedua dan ketiga manakala minggu terakhir, kami akan membawa anak-anak yatim dan ibu tunggal membeli-belah,” katanya.
0 comments:
Post a Comment