Saturday, January 30, 2010

Thangam Illam kumpul dana untuk anak yatim - Utusan


Mad Aris Mad Yusof (empat dari kiri) melawat salah satu gerai jualan selepas majlis pelancaran Pesta Ria Pertubuhan Kebajikan Thangam Illam di Pandan Indah, baru-baru ini.

AMPANG 4 Jan. - Dalam usaha menambah tabungan bagi membiayai rumah anak-anak yatim dan orang tua yang diuruskannya, Pertubuhan Kebajikan Thangam Illam mengadakan pesta ria untuk tujuan tersebut.

Antara program dalam pesta ria itu, yang berlangsung di Dewan MPAJ Pandan Indah di sini, ialah jualan barangan seperti pakaian dan makanan.

Penaung pertubuhan itu, Datuk Mad Aris Mad Yusof berkata, hasil jualan di pesta ria itu akan dimasukkan ke dalam tabung pertubuhan bagi membiayai kos pengurusan rumah kebajikannya.

"Rumah kebajikan itu menaungi kira-kira 70 anak yatim dan warga emas terdiri daripada pelbagai bangsa.

"Selama ini pengurusan rumah kebajikan ini dibiayai daripada wang sumbangan masyarakat sekitar dan usahawan.

"Jika program seperti ini mendapat sambutan, kami mungkin akan mengadakannya lagi tahun depan," katanya selepas merasmikan program itu.

Turut hadir pada majlis itu ialah penasihat pertubuhan, Saudah Ikhwan dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Pandan, Zahida Zarikh Khan.

Ujar beliau lagi, selain itu, program pesta ria itu juga dapat memperkenalkan lagi rumah kebajikan berkenaan kepada komuniti Pandan Indah selain mempereratkan kerjasama berbilang kaum.

Sementara itu, Setiausaha pertubuhan itu, Shella Muthu berkata, pihaknya membelanjakan RM700 hingga RM800 sehari untuk menyediakan makanan kepada penghuni rumah kebajikan berkenaan.

"Ini kali pertama program pesta ria ini diadakan. Sebelum ini kami mengumpul sumbangan menerusi penganjuran majlis makan malam," jelasnya.

Katanya, pesta ria boleh diadakan lagi pada tahun-tahun mendatang jika mendapat sambutan dan ternyata mampu meningkatkan dana untuk rumah kebajikan kelolaannya.


Tukang Mengarut: Tahniah Dato Mantan.....

0 comments: