Wednesday, August 17, 2011

BERSAHUR



BERSAHUR

ZAHIDA Zarik Khan (duduk, lima dari kanan) bersama ahli-ahli Puteri UMNO Bahagian Pandan pada program memasak juadah sahur sempena bulan Ramadan di Pandan Indah, Ampang, baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------------------


Kira-kira 400 penduduk Pandan Indah Kencana, Ampang telah diraikan dalam majlis bersahur sempena Program Jom Sahur Puteri Pandan Ramadan anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pandan di Pandan Indah baru-baru ini.

Ketua Pergerakannya, Zahida Zarik Khan berkata, program berkenaan merupakan anjuran bersama Puteri bahagian itu, UMNO Cawangan Pandan Indah Kencana dan Surau Ikhwan Muslimin.

“Sebanyak 50 ahli Puteri Pandan menyumbang masa dan tenaga bagi menyediakan enam jenis juadah bersahur kepada penduduk setempat dalam menjayakan program tersebut.

“Secara keseluruhannya, program itu berjaya mencapai matlamat untuk menggalakkan ahli-ahli Puteri mendekati kira-kira 400 penduduk di sini terutamanya pada bulan Ramadan,” ujarnya.

Zahida yang juga Exco Pergerakan Puteri UMNO berkata, program itu merupakan acara tahunan yang dijalankan Puteri UMNO Pandan dalam menyemarakkan aktiviti sempena bulan Ramadan.

Hadir sama, Ketua UMNO Cawangan Pandan Hilir, Datuk Mat Aris Mad Yusof.


- UTUSAN

0 comments: