Tuesday, March 9, 2010
PUTERI PANDAN JR.
Posted by Gabukas at Tuesday, March 09, 2010 0 comments
Tuesday, February 23, 2010
Takziah dan Al-Fatihah

Haslinda Mohd Zerain. - Foto arkib NSTP
KUALA LUMPUR: Ketua Puteri Umno Ampang, Haslinda Mohd Zerain, meninggal dunia pada jam 11.45 pagi tadi kerana sakit jantung. Ia disahkan menerusi laman web Puteri Umno Malaysia, http://puteriumno.my/portal/utama, sebentar tadi. - Bernama
Posted by Gabukas at Tuesday, February 23, 2010 0 comments
Monday, February 22, 2010
Cantik Tertarik......
Salam,
Mesti korang tgk macam best jek tajuk kat atas tu...hehehe....saja je....sebab saya begitu tertarik dengan berita yang ditulis pada laman web Malaysiakini...so saya copy and paste untuk tatapan semua. Orang lama macam Datuk Sharir Samad nampak issue ini dan diharap kesilapan yang dilakukan tidak akan diulangi lagi. Sebelum tu saya ingin mengambil kesempatan ini yang dah kira lapuk untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA daripada kami PUTERI UMNO BAHAGIAN PANDAN.
Kemenangan besar Umno dan BN dalam pilihan raya umum 2004 telah membuat kepimpinan tertinggi parti itu membuat kesilapan dalam pemilihan calon sehingga berlakunya tsunami politik pada 2008.Dalam pilihanraya 2004, Umno mencatatkan prestasi terbaiknya dengan memenangi 101 ahli parlimen. Bagaimanapun, selepas pilihan raya umum 2008, jumlahnya merosot 23 orang, kepada 78.
“Pertama sekali, kita kena belajar daripada kesilapan-kesilapan yang telah kita lakukan,” kata pemimpin veteran Umno, Datuk Shahrir Samad ketika ditemui Malaysiakini baru-baru ini.
“Pemilihan calon (pada 2008) adalah tidak baik. Saya masih ingat sekurang-kurangnya tiga kerusi parlimen yang kita kalah kerananya (faktor calon),” tegasnya.Sebagai contohnya, kata Shahrir, wujud masalah dengan calon-calon yang bukan berasal dari kawasan (kerusi mereka bertanding.“Para pengundi tidak boleh menerima calon-calon yang bukan berasal dari kawasan mereka sendiri,” tambahnya.
Katanya, kesilapan kedua ialah calon-calon tempatan yang dipilih tetapi para pengundi dan jentera pilihanraya parti, melihat mereka tidak layak diletak sebagai calon.Oleh itu, katanya, dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang, Umno perlu lebih berhati-hati dalam memilih calon, dan memilih hanya mereka yang layak sahaja.
Shahrir yang juga ahli parlimen Johor Bahru berkeyakinan bahawa prestasi Umno yang lebih baik dalam pilihan raya umum akan datang.“Umno tidak berdiam diri, kita akan mengambil langkah-langkah perlu dan telah membuat analisis mengenainya. “Kita tahu arah yang hendak dituju dan telah memutuskan strategi-strategi kita,” katanya.
Shahrir juga gembira dengan pindaan perlembagaan Umno yang membolehkan lebih ramai perwakilan mengundi memilih pucuk pimpinan parti dan mengambil bahagian dalam penggubalan dasar-dasar parti, walaupun beliau mengakui sukar untuk menghapuskan politik wang.Dalam wawancara tersebut, beliau turut berkongsi pandanganya mengenai kelemahan pentadbiran perdana menteri sekarang.Shahrir juga bercakap menyentuh tentang politik kaum di Malaysia. - Malaysiakini 22 Feb 2010.
Tukang Mengarut: Tak sedar lagi tak tahu laaa...
Posted by Gabukas at Monday, February 22, 2010 0 comments
Saturday, February 6, 2010
Pengumuman "Puteri UMNO Bahagian Pandan Currently At FACEBOOK"
Salam sayang semua,
Di sini blog puteri umno bahagian pandan mengumumkan puteri pandan boleh juga berhubung dengan Facebook......so gegurls semua boleh join our puteri pandan facebook with just type "Puteri UMNO Bahagian Pandan" bermula pada hari ini.
OK gurls see you in there....daaa
Luv you all.
Posted by Gabukas at Saturday, February 06, 2010 1 comments
Saturday, January 30, 2010
Kejohanan Futsal Terbuka Anjuran Pu3 UMNO Bahagian Setiawangsa
Salam,
30 January 2009 bertempat di Sport Planet Ampang telah berlangsung Kejohanan Futsal Terbuka Anjuran Pu3 UMNO Bahagian Setiawangsa.....kejohanan turut sama di meriahkan dgn perlawanan persahabatan yang diwakili oleh Dato Sri Zulhanan bin Rafique dan juga perlawanan persahabatan diantara Exco Pu3 Malaysia dgn team artis. Sekalong tahniah daripada Pu3 UMNO Bahagian Pandan kepada puteri umno Setiawangsa diatas kejayaan kejohanan futsal ini.
Tukang Mengarut: Tahniah gegurlss...........
Posted by Gabukas at Saturday, January 30, 2010 0 comments
Thangam Illam kumpul dana untuk anak yatim - Utusan

AMPANG 4 Jan. - Dalam usaha menambah tabungan bagi membiayai rumah anak-anak yatim dan orang tua yang diuruskannya, Pertubuhan Kebajikan Thangam Illam mengadakan pesta ria untuk tujuan tersebut.
Antara program dalam pesta ria itu, yang berlangsung di Dewan MPAJ Pandan Indah di sini, ialah jualan barangan seperti pakaian dan makanan.
Penaung pertubuhan itu, Datuk Mad Aris Mad Yusof berkata, hasil jualan di pesta ria itu akan dimasukkan ke dalam tabung pertubuhan bagi membiayai kos pengurusan rumah kebajikannya.
"Rumah kebajikan itu menaungi kira-kira 70 anak yatim dan warga emas terdiri daripada pelbagai bangsa.
"Selama ini pengurusan rumah kebajikan ini dibiayai daripada wang sumbangan masyarakat sekitar dan usahawan.
"Jika program seperti ini mendapat sambutan, kami mungkin akan mengadakannya lagi tahun depan," katanya selepas merasmikan program itu.
Turut hadir pada majlis itu ialah penasihat pertubuhan, Saudah Ikhwan dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Pandan, Zahida Zarikh Khan.
Ujar beliau lagi, selain itu, program pesta ria itu juga dapat memperkenalkan lagi rumah kebajikan berkenaan kepada komuniti Pandan Indah selain mempereratkan kerjasama berbilang kaum.
Sementara itu, Setiausaha pertubuhan itu, Shella Muthu berkata, pihaknya membelanjakan RM700 hingga RM800 sehari untuk menyediakan makanan kepada penghuni rumah kebajikan berkenaan.
"Ini kali pertama program pesta ria ini diadakan. Sebelum ini kami mengumpul sumbangan menerusi penganjuran majlis makan malam," jelasnya.
Katanya, pesta ria boleh diadakan lagi pada tahun-tahun mendatang jika mendapat sambutan dan ternyata mampu meningkatkan dana untuk rumah kebajikan kelolaannya.
Tukang Mengarut: Tahniah Dato Mantan.....
Posted by Gabukas at Saturday, January 30, 2010 0 comments
Cite lama Skit....Raya Korban 2009
Salam,
Sorry gurls.....kali nie i updated yang lama punya cite....saja nak upload gambar hari raya korban dulu.....see semua bagi komitment.....pemangku ada...mantan ketua ada....ketua puteri ada.....bagus kan....so gurl jom kita tgk gambar2 yang ada.....
Tukang Mengarut: Alhamdullilah syukur......
Posted by Gabukas at Saturday, January 30, 2010 2 comments


