Assalamualaikum... Alhamdulillah kerana Program Pelancaran Tabung Dana Kemanusiaan Palestin (DAKAP) oleh Puteri UMNO Bahagian Pandan telah berjalan dengan lancar. Puteri UMNO Bahagian Pandan mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli korporat, mantan Ketua bahagian Pandan & mantan AJK bahagian Pandan, pelanggan-pelanggan Tesco Ampang dan pihak-pihak penderma yang lain yang sudi memberi sumbangan ikhlas untuk Tabung Dana ini. Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih khususnya kepada Pihak Pengurusan Tesco Ampang kerana membenarkan kami menggunakan ruang legar Tesco dan tidak jemu-jemu memberi kerjasama kepada puteri umno bahagian Pandan. Kutipan wang yang di perolehi akan di salurkan kepada Tabung Dana Kemanusiaan Palestin (DAKAP) yang di kelolai oleh Akhbar Utusan Malaysia. Semoga niat baik kami dan para penderma untuk membantu mangsa-mangsa perang di Palestin dirahmati Allah dan jauhilah kami dan rakyat Malaysia daripada segala malapetaka & kerosakkan... Aminnnnnnnnnnnn.....
Di bawah adalah gambar-gambar di mana aktiviti kutipan Tabung Dana Kemanusiaan Palestin (DAKAP) oleh Puteri UMNO Bahagian Pandan di jalankan pada :
Tarikh : 31 Januari 2009 (sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Tesco Ampang
Tukang Mengarut: Another activitiy for Puteri UMNO Bahagian Pandan....tinggalkan orang yang pemalas nak mapus hari-hari kerja asyik nak menikam orang sahaja dari dulu sampi dah diangkat...bukan nak disokong asyik dok mengata sahaja....kita tgk la nanti ape yg terbaru cerita-cerita perihal puteri ini nanti apabila org tu bersuara kelak.
Saturday, January 31, 2009
Pelancaran Tabung Dana Kemanusiaan Palestin (DAKAP) oleh Puteri UMNO Bahagian Pandan
Posted by Gabukas at Saturday, January 31, 2009 0 comments
Monday, January 19, 2009
Gambar-Gambar Puteri UMNO Bahagian Pandan Di Pilihanraya Kecil P.036 Kuala Terengganu
Salam,
Antara gambar-gambar yang sempat diambil semasa berkhidmat di pilihanraya kecil P.036 Kuala Terengganu tempoh hari.Tukang Mengarut: Dulu semua di jaga baik puteri, pemuda, wanita, cawangan dan ahli tetapi sekarang tak tahu la korang nie...hehehehe
Posted by Gabukas at Monday, January 19, 2009 1 comments
Saturday, January 17, 2009
Keputusan Pilihanraya Kecil P.036 Kuala Terengganu
Kita terima dengan redha bahawa demokrasi dan kehendak rakyat akan menentukan hala tuju kita nanti. Puteri UMNO Bahagian Pandan akan tetap setia dan berusaha pada masa-masa akan datang kita akan berjaya insyaallah. Semua ajk-ajk yang terlibat termasuk ketua pergerakan puteri bahagian pandan puan zahida zarik khan telah memberikan komitment 110% kepada barisan nasional di pilihanraya kecil kuala terengganu ini. Ada yang telah berada selama lebih seminggu di kuala terengganu bagi memastikan perjalanan kempen lancar. Syabas daripada blog puteri umno bahagian pandan ini atas usaha dan komitment puteri-puteri tersayang ini.
Tukang Mengarut: Bravo dan terima kasih usaha daripada puteri umno bahagian pandan....dulu kita boleh beri komitment dgn ramai boleh datang dengan bus tapi kali ini...hampeh jek pandang sebelah mata pun tak nak.....kat sana batang idung pun tak nampak.....paham-paham je la siapa.
Posted by Gabukas at Saturday, January 17, 2009 0 comments
Friday, January 16, 2009
Undilah Calon Barisan Nasional
Salam,
Esok hari yang bersejarah untuk rakyat di kuala terengganu. Pengundi kuala terengganu sudah bijak bagi menilai dan memilih seorang wakil rakyat yang dapat menyumbang kearah keselesaan dan kehendak rakyat. Calon BN adalah satu calon yang tepat bagi merealisasikan kehendak mereka ini.

Jika dilihat perbezaan yang ada kebolehan yang dapat diberikan calon daripada kalangan barisan kerajaan lebih baik dan mampu. Konsep mesra rakyat yang diterapkan pada kali ini lebih meyakinkan bahawa kita tidak hanya mementingkan pembangunan malah kehendak rakyat lebih kita utamakan. Jangan terpengaruh dengan janji-janji kosong pembangkang. Setakat ini lima negeri yang telah ditawan tidak mampu merealisasikan negara kebajikan yang dicanang-canang malah pembaziran dengan bermegah-megah.
Puteri UMNO Bahagian Pandan telah membuat beberapa persiapan untuk membantu pilihanraya kali ini, malah ajk-ajk puteri kini telah berada di kuala terengganu. Doa kami agar BN menang bagi meneruskan kecemerlangan kuala terengganu. Para pengundi kami doakan agar mendapat kelapangan dada untuk mengundi BN esok.
Tukang Mengarut: Undi lah BN kearah pembangunan bukan mengundi kepada orang yang suka berjanji-janji kosong.
Posted by Gabukas at Friday, January 16, 2009 0 comments
Wednesday, January 7, 2009
Pemberitahuan Dan Penjelasan
Salam,
Ada beberapa suara-suara sumbang yang menyatakan hal berkenaan program kita "Back To School". Niat kami dan objektif kami hanya satu untuk membantu meringgankan beban anak-anak yang tersayang ini.
Di sini saya ingin membuat penjelasan bahawa salah satu khabar yang menyiarkan gambar aktiviti puteri pada tempoh hari ada membuat sedikit kesilapan fakta dimana mungkin terdapat typo error disitu. Penjelasan mengenai puteri umno bahagian pandan memperuntukan RM60,000 adalah tidak berapa tepat tetapi puteri umno bahagian pandan hanya memperuntukan anggaran RM6,000 untuk 60 orang kanak-kanak yang mana anggaran seorang adalah dalam RM100 ++ bagi membeli keperluan sekolah seperti baju, kasut, beg, stokin dan alat tulis. Duit itu adalah duit daripada usaha puteri umno bahagian pandan sendiri termasuk daripada ketua puteri umno bahagian pandan sendiri.
Di harap penjelasan saya ini selaku mengendali blog puteri umno bahagian pandan terhadap suara-suara sumbang ini memahaminya.
Puteri umno bahagian pandan akan tetap dengan usaha kami untuk membantu meringgankan beban sepertimana yang telah dilakukan oleh kami pada tiap-tiap tahun kebelakangan ini. Kami tidak akan undur atas isu-isu berbangkit. Niat kami ikhlas untuk membantu. Sekiranya kami mendapat duit sebanyak itu, insyaallah puteri umno bahagian pandan akan membuat banyak lagi aktiviti yang dapat membantu mereka-mereka yang dalam kesusahan.
Sekian.
Tukang Mengarut: Sudah ada penjelasan...insyallah akan datang akan ada aktviti lagi..cebisan daripada ikrar puteri "Kamilah Puteri Pejuang, Besatu berpadu menempuh halangan, Puteri prihatin harapan bangsa, Berjuang mempertahan pertiwi merdeka, Kamilah Puteri Tiang Negara"
Posted by Gabukas at Wednesday, January 07, 2009 0 comments
Monday, January 5, 2009
PUTERI UMNO BAHAGIAN PANDAN MENGUTUK KEKEJAMAN ISRAEL

(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)
Surah al fil:
"A'lam tara kayfa fa'ala rabbuka bi as-hab al-fil
"A'lam ya'jal kaydahum fi tadlil Wa arsala alayhim tayran ababil
"Tarmihim bi hijaratin min sijjil Fa ja'ala hum ka asfin ma'kul"
Link untuk barang barang Israel dan USA ada disiarkan di sini untuk disiarkan juga di blog blog sahabat BPN semua atau bukan...
http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.html
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html
Semoga usaha kita ini dinilai dengan sebaik baik ganjaran oleh Allah Maha Esa.
Posted by Gabukas at Monday, January 05, 2009 2 comments
Saturday, January 3, 2009
Program "Back To School" Memory
Salam,
Nie dia gambar-gambar kita masa program Back To School. Kita akan setia dalam berjuangan kita walaupun negeri ini kita merupakan pembangkang. Sekurang-kurangnya kita dapat meringkan beban mereka-mereka ini. Biar orang lain nak kata apa, puteri umno bahagian pandan akan tetap meneruskan perjuangan dan akan meneruskan apa yang telah dilakukan semasa mantan ketua menjadi ketua. Tahniah kepada ketua puteri umno bahagian pandan yang tersayang Pn. Zahida Zarik Khan dan ahli jawatankuasa kerana komitment anda yang sentiasa memikirkan soal mereka-mereka yang tidak berkemampuan ini.
Tukang Mengarut: Best tul la pas shopping makan KFC kendian ada akak yang sudi memberi sedikit sumbagan kepada anak-anak kecil ini...semoga rahmat allah dan rezeki melimpah ruah untuk puteri UMNO bahagian pandan dan juga akak tersebut.
Posted by Gabukas at Saturday, January 03, 2009 0 comments
Program "Back To School"
55 terima baju sekolah baru
KENANGAN...anak fakir miskin Bahagian Pandan yang menerima bantuan, semalam. |
KUALA LUMPUR: “Saya tak sabar nak pakai baju dan kasut baru ke sekolah. Bantuan ini buat saya lebih bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh,” kata Nur Atiqah Mt Mak Arshad, 8, yang tersenarai antara 55 penerima bantuan kelengkapan persekolahan bagi murid miskin daripada Pergerakan Puteri Umno Bahagian Pandan, semalam.
Seramai 50 ahli Puteri Umno yang bertindak sebagai kakak angkat ditugaskan membantu kanak-kanak itu membuat pilihan di samping memastikan pakaian yang dibeli benar-benar bersesuaian di Pasar raya Tesco, semalam.
Menurut anak sulung daripada dua beradik itu, setiap tahun ibunya membuat persiapan ala kadar untuk dia dan adiknya, Nur Ashikin, 7, dan kadangkala mereka menerima bantuan daripada saudara.
“Kami tak kisah memakai baju lama kerana ia masih elok, tapi ibu selalu cakap nak belikan baju sekolah baru untuk saya dan adik. - Harian Metro
Tukang Mengarut: Caya la puteri umno bahagian pandan, bagus la kurang-kurangnya cover la sikit orang lain tak buat kerja.
Posted by Gabukas at Saturday, January 03, 2009 0 comments