Friday, January 16, 2009

Undilah Calon Barisan Nasional

Salam,

Esok hari yang bersejarah untuk rakyat di kuala terengganu. Pengundi kuala terengganu sudah bijak bagi menilai dan memilih seorang wakil rakyat yang dapat menyumbang kearah keselesaan dan kehendak rakyat. Calon BN adalah satu calon yang tepat bagi merealisasikan kehendak mereka ini.


Undilah Calon Barisan Nasional



Jika dilihat perbezaan yang ada kebolehan yang dapat diberikan calon daripada kalangan barisan kerajaan lebih baik dan mampu. Konsep mesra rakyat yang diterapkan pada kali ini lebih meyakinkan bahawa kita tidak hanya mementingkan pembangunan malah kehendak rakyat lebih kita utamakan. Jangan terpengaruh dengan janji-janji kosong pembangkang. Setakat ini lima negeri yang telah ditawan tidak mampu merealisasikan negara kebajikan yang dicanang-canang malah pembaziran dengan bermegah-megah.

Puteri UMNO Bahagian Pandan telah membuat beberapa persiapan untuk membantu pilihanraya kali ini, malah ajk-ajk puteri kini telah berada di kuala terengganu. Doa kami agar BN menang bagi meneruskan kecemerlangan kuala terengganu. Para pengundi kami doakan agar mendapat kelapangan dada untuk mengundi BN esok.

Tukang Mengarut: Undi lah BN kearah pembangunan bukan mengundi kepada orang yang suka berjanji-janji kosong.

0 comments: