Saturday, January 31, 2009

Pelancaran Tabung Dana Kemanusiaan Palestin (DAKAP) oleh Puteri UMNO Bahagian Pandan

Assalamualaikum... Alhamdulillah kerana Program Pelancaran Tabung Dana Kemanusiaan Palestin (DAKAP) oleh Puteri UMNO Bahagian Pandan telah berjalan dengan lancar. Puteri UMNO Bahagian Pandan mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli korporat, mantan Ketua bahagian Pandan & mantan AJK bahagian Pandan, pelanggan-pelanggan Tesco Ampang dan pihak-pihak penderma yang lain yang sudi memberi sumbangan ikhlas untuk Tabung Dana ini. Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih khususnya kepada Pihak Pengurusan Tesco Ampang kerana membenarkan kami menggunakan ruang legar Tesco dan tidak jemu-jemu memberi kerjasama kepada puteri umno bahagian Pandan. Kutipan wang yang di perolehi akan di salurkan kepada Tabung Dana Kemanusiaan Palestin (DAKAP) yang di kelolai oleh Akhbar Utusan Malaysia. Semoga niat baik kami dan para penderma untuk membantu mangsa-mangsa perang di Palestin dirahmati Allah dan jauhilah kami dan rakyat Malaysia daripada segala malapetaka & kerosakkan... Aminnnnnnnnnnnn.....
Di bawah adalah gambar-gambar di mana aktiviti kutipan Tabung Dana Kemanusiaan Palestin (DAKAP) oleh Puteri UMNO Bahagian Pandan di jalankan pada :

Tarikh : 31 Januari 2009 (sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Tesco Ampang


Tukang Mengarut: Another activitiy for Puteri UMNO Bahagian Pandan....tinggalkan orang yang pemalas nak mapus hari-hari kerja asyik nak menikam orang sahaja dari dulu sampi dah diangkat...bukan nak disokong asyik dok mengata sahaja....kita tgk la nanti ape yg terbaru cerita-cerita perihal puteri ini nanti apabila org tu bersuara kelak.

















0 comments: