Sunday, February 1, 2009

Keratan Akhbar Mengenai Program Pelancaran Tabung Dana Kemanusiaan Palestin (DAKAP) oleh Puteri UMNO Bahagian Pandan

Salam,

Di sini saya lampirkan beberapa keratan akhbar berkenaan Program Pelancaran Tabung Dana Kemanusiaan Palestin (DAKAP) oleh Puteri UMNO Bahagian Pandan.

Kutip derma di pasar raya

Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.my


BANTU... Zahida (dua dari kanan) bersama ahli Puteri Umno
bahagian Pandan menjalankan kutipan bagi mengisi Tabung
Dana Kemanusiaan Palestin di Tesco Ampang, semalam.

KUALA LUMPUR: Biarpun jumlah kutipan tidak begitu banyak, ia diharap dapat membantu meringankan beban rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel.

Atas keprihatinan terhadap nasib yang menimpa rakyat Palestin, Puteri Umno bahagian Pandan menjayakan Tabung Dana Kemanusiaan Palestin dengan mengadakan kutipan derma di pasar raya besar Tesco Ampang, di sini, semalam. Kutipan dijalankan dua sesi dan pada sesi pagi RM4,000 berjaya dikumpulkan.

Ketua Puteri Umno bahagian Pandan, Zahida Zarik Khan, berkata menerusi kutipan di ruang legar pasar raya besar itu, sumbangan diterima daripada pelanggan Tesco dan ahli Umno menggalakkan.

“Kutipan diadakan dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan petang membabitkan penyertaan 40 ahli Puteri Umno bahagian Pandan. Kami mensasarkan RM10,000 bagi kutipan selama tiga hari. - Harian Metro


Puteri UMNO Pandan lancar kutipan Dakap

KUALA LUMPUR 31 Jan. - Puteri UMNO Bahagian Pandan hari ini melancarkan kutipan derma bagi menyalur sumbangan untuk tabung Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) anjuran Kumpulan Utusan dan Islamic Relief Malaysia (IRM).

Kutipan yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini itu melibatkan 40 ahli Puteri dengan mengadakan kutipan pertamanya di pusat beli-belah Tesco, Ampang.

Ketuanya, Zahida Zarikh Khan berkata, kutipan derma itu bertujuan membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin di Gaza.

''Atas dasar prihatin dan rasa tanggungjawab, kami turut serta berganding bahu menghulurkan bantuan bagi meringankan penderitaan rakyat di sana,'' katanya selepas melancarkan tabung tersebut di sini hari ini.

Menurut Zahida, pihaknya mensasarkan sumbangan sebanyak RM10,000 sepanjang tempoh kutipan diadakan.

Beliau memberitahu, pihaknya berjaya mengumpul kira-kira RM4,000 pada hari pertama kutipan derma diadakan di pusat beli-belah tersebut.

Katanya, sokongan orang ramai termasuk ahli-ahli Puteri hari ini amat menggalakkan.

''Dengan adanya kutipan sebegini, diharap sumbangan yang dihulur oleh rakyat Malaysia khususnya akan membantu rakyat Palestin mendapat sinar hidup yang lebih baik,'' katanya. - Utusan.

Tukang Mengarut: Bagus puteri bahagian pandan teruskan usaha murni anda..disini saya ingin merakam ucapan terima kasih kepada matan ketua bahagian pandan Dato Hj Mad Aris Bin Mad Yusof kerana bersama membantu untuk tabung ini...terima kasih Dato jasamu tetap dikenang.


0 comments: