Friday, February 20, 2009

Pelancaran Pusat Tuisyen Bahasa Inggeris oleh Puteri UMNO Bahagian Pandan

Salam sayang kepada semua,

Sorry la geng, dah lama tak update blog nie...terlampau buzy sekarang...so kali ini i nak update aktiviti last week, pelancaran pusat tuisyen bahasa inggeris oleh puteri umno bahagian pandan di dewan UMNO taman cahaya indah pada 9.00 pagi 15 Feb 2009. Pusat tuisyen ini diadakan bagi membantu pelajar-pelajar terutama pelajar sekolah rendah yang lemah bahasa inggerisnya. Puteri UMNO bahagian pandan memikirkan keperluan bahasa inggeris amat penting untuk masa depan untuk itu kelas bimbingan ini di buat untuk tujuan ini. Kelas bimbingan ini akan terus diadakan setiap hari ahad jam 9.00 pagi - 10.00 pagi untuk darjah 1 - 3 dan 10.00 pagi - 11.00 pagi untuk darjah 4 - 6. Tiada bayaran dikenakan untuk kelas bimbingan ini.

Pelancaran Pusat Tuisyen Bahasa Inggeris oleh Puteri UMNO Bahagian Pandan
Tarikh : 15 Feb 2009
Masa : 09.00pagi
Tempat : Dewan UMNO Taman Cahaya

Tukang Mengarut: Berkat kerja keras puteri bahagian pandan dapatlah kita mengembalikan suasana ceria dan aktif yang kini semakin suram walaupun kini kita adalah pembangkang dibumi bertuah negeri Selangor Darul Ehsan.






















3 comments:

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Assalamualaikum.. Salam Perjuangan. Sahabatku, kami dari UMNO Caw. Gombak Selatan begitu bangga dan rasa terharu atas pembabitan anda dalam mengikuti perkembangan politik melalui Blog.

Sama-sama kita memperhebatkan lagi blog kita dalam memberikan informasi sebenar mengenai keikhlasan perjuangan kita.

Sampaikan salam kepada Ketua UMNO bahagian Pandan ikhlas dari Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan dan barisan AJK.

Kami sentiasa bersama anda.. Hidup UMNO.. Hidup Malaysia..

IKHLAS DARI,
UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
BAHAGIAN WANGSA MAJU

p/s : Blog anda dlm senarai link kami. Sila layari www.umnogombakselatan.blogspot.com

Gabukas said...

Salam,

Terima kasih kerana melayari blog kami dan terima kasih juga memasukan add link Puteri UMNO Bahagian Pandan ke dalam blog Umno Gombak Selatan.

Ikhlas daripada,

Puteri UMNO Bahagin Pandan

Anonymous said...

salam n tahniah

just wondering, bole sewa ke pusat tuisyen tu?