Friday, February 6, 2009

Penyerahan Tabung Dana Kemanusiaan Palestin (DAKAP)

Assalamualaikum... Alhamdulillah sekali lagi, kerana kutipan Tabung Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) telah melebihi apa yang telah kami sasarkan iaitu RM 10,000 dan majlis penyerahannya telah berjalan dengan jayanya pada

Tarikh : 6 Februari 2009 (Jumaat),
Masa : 9.30 malam
Tempat: Pejabat UMNO Bahagian Pandan

Dana ini telah diserahkan kepada wakil akhbar Utusan Malaysia yang hadir pada majlis tersebut. Atas keprihatinan terhadap nasib yang menimpa rakyat Palestin, Puteri Umno bahagian Pandan telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM 10,160 untuk Tabung Dana Kemanusiaan Palestin(DAKAP). Sebanyak RM 6,160 berjaya di kutip dengan mengadakan kutipan derma di pasar raya besar Tesco Ampang dan juga daripada ketua-ketua cawangan. Ini termasuklah sebanyak RM 1,000 telah di dermakan oleh Ketua UMNO Cawangan Pandan Hilir dan RM 1,200 oleh Kumpulan Marhaban Pandan Hilir. Tidak ketinggalan juga, kami Puteri UMNO Bahagian Pandan turut memberi sumbangan ikhlas sebanyak RM 4,000 untuk tabung ini. Terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang tabung ini dan semoga Allah berkati apa yang telah di sumbangkan. Di harap sumbangan ini dapat membantu meringankan beban rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel. Terima kasih sekali lagi.

0 comments: