Friday, February 20, 2009

Pelancaran Pusat Tuisyen Bahasa Inggeris oleh Puteri UMNO Bahagian Pandan

Salam sayang kepada semua,

Sorry la geng, dah lama tak update blog nie...terlampau buzy sekarang...so kali ini i nak update aktiviti last week, pelancaran pusat tuisyen bahasa inggeris oleh puteri umno bahagian pandan di dewan UMNO taman cahaya indah pada 9.00 pagi 15 Feb 2009. Pusat tuisyen ini diadakan bagi membantu pelajar-pelajar terutama pelajar sekolah rendah yang lemah bahasa inggerisnya. Puteri UMNO bahagian pandan memikirkan keperluan bahasa inggeris amat penting untuk masa depan untuk itu kelas bimbingan ini di buat untuk tujuan ini. Kelas bimbingan ini akan terus diadakan setiap hari ahad jam 9.00 pagi - 10.00 pagi untuk darjah 1 - 3 dan 10.00 pagi - 11.00 pagi untuk darjah 4 - 6. Tiada bayaran dikenakan untuk kelas bimbingan ini.

Pelancaran Pusat Tuisyen Bahasa Inggeris oleh Puteri UMNO Bahagian Pandan
Tarikh : 15 Feb 2009
Masa : 09.00pagi
Tempat : Dewan UMNO Taman Cahaya

Tukang Mengarut: Berkat kerja keras puteri bahagian pandan dapatlah kita mengembalikan suasana ceria dan aktif yang kini semakin suram walaupun kini kita adalah pembangkang dibumi bertuah negeri Selangor Darul Ehsan.






















Friday, February 13, 2009

KENYATAAN AKHBAR KHAS DYMM SULTAN SELANGOR - JANGAN BIADAP!!

Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan beta Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah ayahanda saudara beta. Malah, keluarga diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini. DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara. Baginda dan keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit. Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama. Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya “mob" amat memalukan. Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, “barulah kita kenal siapa kaca siapa permata”. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang “marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar”. Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa. Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana. Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi raja-raja, maka beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan. Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya.

(DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ) SULTAN SELANGOR
13 Februari 2009

Tukang Mengarut: Daulat Tuanku!!!

Friday, February 6, 2009

Penyerahan Tabung Dana Kemanusiaan Palestin (DAKAP)

Assalamualaikum... Alhamdulillah sekali lagi, kerana kutipan Tabung Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) telah melebihi apa yang telah kami sasarkan iaitu RM 10,000 dan majlis penyerahannya telah berjalan dengan jayanya pada

Tarikh : 6 Februari 2009 (Jumaat),
Masa : 9.30 malam
Tempat: Pejabat UMNO Bahagian Pandan

Dana ini telah diserahkan kepada wakil akhbar Utusan Malaysia yang hadir pada majlis tersebut. Atas keprihatinan terhadap nasib yang menimpa rakyat Palestin, Puteri Umno bahagian Pandan telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM 10,160 untuk Tabung Dana Kemanusiaan Palestin(DAKAP). Sebanyak RM 6,160 berjaya di kutip dengan mengadakan kutipan derma di pasar raya besar Tesco Ampang dan juga daripada ketua-ketua cawangan. Ini termasuklah sebanyak RM 1,000 telah di dermakan oleh Ketua UMNO Cawangan Pandan Hilir dan RM 1,200 oleh Kumpulan Marhaban Pandan Hilir. Tidak ketinggalan juga, kami Puteri UMNO Bahagian Pandan turut memberi sumbangan ikhlas sebanyak RM 4,000 untuk tabung ini. Terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang tabung ini dan semoga Allah berkati apa yang telah di sumbangkan. Di harap sumbangan ini dapat membantu meringankan beban rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel. Terima kasih sekali lagi.

Sunday, February 1, 2009

Keratan Akhbar Mengenai Program Pelancaran Tabung Dana Kemanusiaan Palestin (DAKAP) oleh Puteri UMNO Bahagian Pandan

Salam,

Di sini saya lampirkan beberapa keratan akhbar berkenaan Program Pelancaran Tabung Dana Kemanusiaan Palestin (DAKAP) oleh Puteri UMNO Bahagian Pandan.

Kutip derma di pasar raya

Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.my


BANTU... Zahida (dua dari kanan) bersama ahli Puteri Umno
bahagian Pandan menjalankan kutipan bagi mengisi Tabung
Dana Kemanusiaan Palestin di Tesco Ampang, semalam.

KUALA LUMPUR: Biarpun jumlah kutipan tidak begitu banyak, ia diharap dapat membantu meringankan beban rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel.

Atas keprihatinan terhadap nasib yang menimpa rakyat Palestin, Puteri Umno bahagian Pandan menjayakan Tabung Dana Kemanusiaan Palestin dengan mengadakan kutipan derma di pasar raya besar Tesco Ampang, di sini, semalam. Kutipan dijalankan dua sesi dan pada sesi pagi RM4,000 berjaya dikumpulkan.

Ketua Puteri Umno bahagian Pandan, Zahida Zarik Khan, berkata menerusi kutipan di ruang legar pasar raya besar itu, sumbangan diterima daripada pelanggan Tesco dan ahli Umno menggalakkan.

“Kutipan diadakan dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan petang membabitkan penyertaan 40 ahli Puteri Umno bahagian Pandan. Kami mensasarkan RM10,000 bagi kutipan selama tiga hari. - Harian Metro


Puteri UMNO Pandan lancar kutipan Dakap

KUALA LUMPUR 31 Jan. - Puteri UMNO Bahagian Pandan hari ini melancarkan kutipan derma bagi menyalur sumbangan untuk tabung Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) anjuran Kumpulan Utusan dan Islamic Relief Malaysia (IRM).

Kutipan yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini itu melibatkan 40 ahli Puteri dengan mengadakan kutipan pertamanya di pusat beli-belah Tesco, Ampang.

Ketuanya, Zahida Zarikh Khan berkata, kutipan derma itu bertujuan membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin di Gaza.

''Atas dasar prihatin dan rasa tanggungjawab, kami turut serta berganding bahu menghulurkan bantuan bagi meringankan penderitaan rakyat di sana,'' katanya selepas melancarkan tabung tersebut di sini hari ini.

Menurut Zahida, pihaknya mensasarkan sumbangan sebanyak RM10,000 sepanjang tempoh kutipan diadakan.

Beliau memberitahu, pihaknya berjaya mengumpul kira-kira RM4,000 pada hari pertama kutipan derma diadakan di pusat beli-belah tersebut.

Katanya, sokongan orang ramai termasuk ahli-ahli Puteri hari ini amat menggalakkan.

''Dengan adanya kutipan sebegini, diharap sumbangan yang dihulur oleh rakyat Malaysia khususnya akan membantu rakyat Palestin mendapat sinar hidup yang lebih baik,'' katanya. - Utusan.

Tukang Mengarut: Bagus puteri bahagian pandan teruskan usaha murni anda..disini saya ingin merakam ucapan terima kasih kepada matan ketua bahagian pandan Dato Hj Mad Aris Bin Mad Yusof kerana bersama membantu untuk tabung ini...terima kasih Dato jasamu tetap dikenang.